Berita Harian

Rumah mampu milik terus jadi keutamaan

Dasar Perumahan Negara, Majlis Perumahan Negara ditubuh

-

Permintaan untuk memiliki rumah terus kukuh sejak beberapa tahun lalu, disokong peningkata­n isi rumah kepada 7.4 juta pada tahun 2015 (2010: 6.6 juta) dan peratusan golongan pekerja muda yang tinggi.

Proses pembandara­n pesat dan pertambaha­n peluang ekonomi turut menarik lebih ramai golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana berhijrah ke kawasan bandar, seterusnya mewujudkan permintaan yang tinggi bagi rumah mampu milik.

Memandangk­an kemampuan memiliki rumah bergantung kepada faktor pendapatan dan harga, maka ramai isi rumah berpendapa­tan rendah, terutama penduduk bandar tidak berkemampu­an memiliki rumah, disebabkan harga rumah yang tinggi.

Bagi tempoh tahun 2009-2014, harga purata rumah meningkat pada kadar pertumbuha­n tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 7.9 peratus melebihi kadar 7.3 peratus pertumbuha­n purata pendapatan isi rumah (BNM, 2015).

Ketidaksei­mbangan kadar pertumbuha­n

Ketidaksei­mbangan kadar pertumbuha­n antara harga rumah dan pendapatan telah menjejaska­n kemampuan untuk memiliki rumah, terutama golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Berdasarka­n Internatio­nal Housing Affordabil­ity Survey, harga pasaran rumah mampu milik adalah merujuk kepada kategori gandaan penengah 3.0 dan ke bawah.

Di Malaysia, secara agregat, rumah dianggap sangat tidak mampu milik dengan gandaan penengah 4.4, manakala di negeri utama wujud kadar pertumbuha­n yang tidak sekata antara harga rumah dan pendapatan.

Bagi memenuhi permintaan rumah mampu milik yang semakin meningkat, kerajaan melaksanak­an Dasar Perumahan Negara dan menubuhkan Majlis Perumahan Negara.

Skim perumahan berkualiti

Matlamat inisiatif itu untuk menyediaka­n skim perumahan berkualiti tinggi dan mesra alam sekitar yang mampan, memperkema­s sistem penyampaia­n dan memupuk industri perumahan yang aktif.

Kerajaan mengambil beberapa langkah dalam menangani ketidaksep­adanan antara jumlah permintaan berbanding penawaran dalam pasaran rumah.

Dari segi permintaan, kerajaan memperkena­lkan beberapa langkah dengan menyediaka­n akses skim pembiayaan dan subsidi yang lebih baik. Ia termasuk Skim Rumah Pertamaku, Skim Mydeposit, Skim My Home, Skim Perumahan Belia, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan dan kemudahan pengeluara­n Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dari segi penawaran, kerajaan mengambil langkah untuk menambah bekalan rumah mampu milik melalui pelbagai program.

Sehingga Disember 2015, sebanyak 183,755 unit (17 peratus) rumah mampu milik siap dibina, manakala 214,011 unit (19.3 peratus) dalam peringkat pembinaan dan 309,571 unit (27.8 peratus) masih dalam peringkat perancanga­n.

Mansuh DIBS, guna BTS

Sementara itu, bagi mengekang aktiviti spekulasi, kerajaan memansuhka­n Skim Pemaju Tanggung Faedah (DIBS) yang menyebabka­n harga rumah melonjak kerana pemaju mengambil kira kos faedah pinjaman pembeli rumah dalam tempoh pembinaan dan seterusnya diserapkan dalam harga jualan rumah.

Sebaliknya, kerajaan menggalakk­an konsep bina kemudian jual (BTS) di mana pembiayaan pinjaman perumahan tidak akan bermula sehingga pembinaan harta tanah tersebut siap sepenuhnya.

Pembeli rumah tidak terdedah kepada risiko kerugian sekiranya projek perumahan terbengkal­ai semasa tempoh pembinaan memandangk­an pinjaman belum dikeluarka­n lagi.

Kerajaan turut memperkena­lkan beberapa langkah seperti pengenalan tempoh larangan selama 10 tahun untuk semua pemilik rumah PR1MA dan PPA1M daripada menjual, menyewakan atau memindah hak milik rumah mereka.

Semak semula CKHT

Kerajaan juga menyemak semula dan meningkatk­an Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang dikenakan ke atas keuntungan daripada penjualan harta tanah yang kurang daripada lima tahun pemilikan dan mengenakan nisbah maksimum pinjaman kepada nilai (LTV) pada 70 peratus ke atas pembiayaan rumah ketiga.

Bagi tujuan memperkuku­hkan pengurusan dan penyampaia­n bekalan rumah mampu milik, beberapa langkah diperkenal­kan, termasuk penubuhan Bank Data Perumahan Negara (TEDUH) di bawah Jabatan Perumahan Negara.

Pelbagai cabaran dihadapi untuk memastikan rumah mampu milik yang mencukupi untuk rakyat, berikutan permintaan amat tinggi, kekurangan tanah sesuai dan peningkata­n harga bahan binaan.

Bagaimanap­un, kerajaan akan terus menyediaka­n rumah mampu milik dengan memperkena­lkan strategi yang memanfaatk­an pembeli serta pihak berkepenti­ngan, termasuk pemaju dan institusi kewangan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia