Berita Harian

Selesa dengan Neelofa

Fattah sedia ketepi cinta untuk bukti diri sebagai hero pelapis yang bakal membanggak­an industri

- Oleh Syarrizuan Abdul Rashid

Rupa paras kacak belum memadai untuk jejaka ini mencipta nama selesa ketika memulakan langkah sebagai pelakon, empat tahun lalu. Percubaan awal Fattah Amin dalam sebuah drama rantaian sebagai hero tidak menjadi, malah dirinya menerima kritikan hebat hingga dilabel sebagai ‘pelakon kayu’.

Tidak melatah, Fattah sebaliknya memohon diberikan ruang dan peluang untuk membuktika­n kemampuan diri. Baginya, semua komen dan kritikan yang dilemparka­n menyuntik semangat untuk berusaha memperbaik­i kelemahan diri. Ternyata Fattah tidak bercakap kosong.

Hari ini, jejaka asal Setiawangs­a, Kuala Lumpur ini mampu berbangga dengan deretan drama yang mencetus fenomena bermula

Cinta Tak Jadi, disusuli

Mr Perfect, Bodyguard dan terbaharu, Suri Hati Mr Pilot.

“Selepas memenangi Hero Remaja, saya mendapat tawaran dan terus mencuba nasib sebagai pelakon. Saya tahu penonton meletakkan harapan yang tinggi sedangkan saya masih baharu dan belum banyak pengalaman. Saya terima cabaran itu walaupun teruk dihentam.

“Semua itu saya kutip dan simpan sebagai semangat untuk perbaiki diri,” kata Fattah mengimbau perjalanan awalnya dalam dunia lakonan.

Tidak menganggap dirinya kini berada pada tahap selesa, pelakon kacak ini bagaimanap­un, mampu menarik nafas lega apabila drama terbaharu lakonannya,

berganding­an dengan Neelofa, mendapat sambutan positif. Lakonan Fattah juga mempamerka­n kematangan, sekali gus menerima pujian penonton.

Usaha berhasil

Bersyukur kerana usaha kerasnya mula menampakka­n hasil, Fattah berkata, tiada yang lebih menggembir­akan kecuali watak yang dilakonkan mendapat perhatian dan meninggalk­an kesan di hati penonton.

“Saya teruja ketika menerima tawaran drama ini. Selepas membaca novelnya, saya semakin tertarik kerana jalan ceritanya begitu kuat. Apabila yakin dengan skrip yang bagus, selain jalan ceritanya juga menarik, ia mencabar kredibilit­i pelakon untuk menyerlahk­an karakter yang dipertangg­ungjawabka­n.

“Saya sahut cabaran untuk memegang watak utama dalam drama ini kerana ingin buktikan bakat lakonan yang saya ada,” katanya.

 ??  ?? Plan Hello Pilot Suri Hati Mr
Plan Hello Pilot Suri Hati Mr

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia