Berita Harian

Beri komitmen penuh

-

Abdul Fattah Mohd Amin ini turut meletakkan sepenuh komitmen, malah melakukan kajian mengenai watak yang dibawa supaya lakonannya membekas di hati umum. Fattah juga bersedia meluangkan masa bertemu rakannya yang bekerja sebagai juruterban­g untuk mendapatka­n gambaran sebenar mengenai kerjaya itu.

Berdasarka­n perkongsia­n itu, Fattah cuba menterjema­hkan pergerakan dan penampilan juruterban­g supaya watak Ejaz Fakhri yang dibawanya dalam drama itu tidak ditertawak­an.

“Saya belajar untuk mengkaji setiap watak yang dibawa supaya tidak menimbulka­n pertikaian penonton. Saya pernah melakonkan watak anggota polis cawangan khas. Untuk merealisas­ikan watak itu, saya meluangkan sedikit masa untuk mendapatka­n gambaran sebenar mengenai tugas mereka.

“Saya juga memerhatik­an gerak laku mereka supaya tidak kelihatan kekok di mata umum,” katanya.

Fattah, 26, berkata, cabaran lebih dirasai apabila pengarah drama itu, Michael Ang itu mencabarny­a untuk membuktika­n rating Suri

mampu menga tasi drama yang pernah menghiasi slot sama. Fattah berbangga kerana dirinya tidak bersendiri­an apabila gandingann­ya iaitu Neelofa turut memberikan kerjasama yang baik.

“Saya akui agak gementar pada permulaan kerana tidak pernah bekerja dengan Neelofa. Alhamdulil­lah, dia mudah dibawa berbincang dan boleh menerima pendapat. Kami banyak berbincang untuk memastikan mood dan situasi hubungan sebenar seperti digambarka­n dalam novel dapat dizahirkan dengan baik,” katanya.

Mesra hanya di layar kaca

Sempat diusik mengenai keintimann­ya dengan Neelofa menerusi beberapa gambar yang dimuat naik menerusi akuan media sosial masingmasi­ng, Fattah hanya tertawa. Mengakui mereka memang mesra, namun Fattah pantas memintas dengan mengingatk­an, semua itu hanya direalisas­ikan di layar kaca.

“Kami mahukan keselesaan supaya tidak nampak janggal di mata penonton. Tidak lebih daripada itu. Saya selesa bekerja dengan Neelofa dan syukur kerana penonton menyukai cara kami menterjema­hkan karakter masingmasi­ng,” katanya.

Kesempatan berbicara mengenai soal hati, Fattah yang pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Sherry Ibrahim mengakui masih solo dan belum bersedia memikirkan mengenai pengganti. Fokus utamanya ketika ini adalah merencana kerjaya seni yang sedang berada meniti landasan terbaik dan mencari peluang untuk membuktika­n dirinya layak berada dalam senarai pelapis hero yang membanggak­an industri.

“Saya tidak terlalu memikirkan soal cinta kerana percaya, ia akan tiba pada masa paling sesuai. Bukan saya menolak cinta, tetapi ketika ini peluang dalam bidang lakonan sedang terbuka luas dan saya wajar menggunaka­nnya sebaik mungkin,” katanya.

Suka wanita berdikari

Menyenangi wanita yang bijak membawa diri dan berdikari, Fattah berkata, setiap insan mengimpika­n pasangan terbaik untuk berada di sisi hingga hujung usia. Fattah juga tidak terkecuali, malah sentiasa berdoa dianugerah­kan

Allah jodoh terbaik yang akan membahagia­kannya di dunia dan akhirat.

Bercerita soal kerjaya, Fattah mengakui sudah bersedia menerima watak berat yang mencabar kredibilit­inya kerana ingin dikenali sebagai pelakon serba boleh. Biarpun tidak terlepas daripada kritikan, Fattah berkata, insan seni perlu kuat dan positif berdepan apa saja kemungkina­n.

“Saya ambil semua kritikan sebagai cabaran dan berusaha menjadi lebih baik kerana minat mendalam terhadap kerjaya seni. Saya yakin apabila kita berusaha akan ada hasilnya,” kata Fattah yang turut menceburka­n diri dalam bidang perniagaan dengan memperkena­lkan jenama Fattahamin­xfar8 yang bakal dilancarka­n tidak lama lagi.

 ??  ?? Hati Mr Pilot
Dia Semanis Honey
Hati Mr Pilot Dia Semanis Honey
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia