Berita Harian

Selami derita insan daif

Program Ceritaku bawa Niena Baharun dekati golongan kurang bernasib baik

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Bfatin.farhanat@bh.com.my

akat lakonannya barangkali belum diuji sepenuhnya, namun populariti yang diraih pelakon baharu, Niena Baharun selepas membintang­i drama rantaian Sayangku Kapten Mukhriz membuka ruang kepadanya untuk mempelbaga­ikan cabang seni. Terbaharu, Niena menerima kepercayaa­n Datuk A Aida untuk mengasah bakat sebagai pengacara menerusi program dokudrama Ceritaku.

Kali pertama menggalas perananitu,nienaatau nama sebenarnya, Amaniena Kamarul Baharun mengakui cabarannya agak besar, apatah lagi dirinya masih mentah beraksi di depan kamera. Gadis berusia 23 tahun itu berusaha keras menyesuaik­an diri dengan persekitar­an dan suasana baharu itu supaya tidak canggung di mata khalayak.

“Tidaksalah­saya mencuba, malah saya berharap peluang yang diberikan ini akan membuka lebih banyak pintu untuk mendalami dunia pengacaraa­n. Pengisian Ceritaku begitu menarik minat kerana program ini membawa saya mendekati insan kurang bernasib baik di sekitar ibu kota.

“Peluang seperti ini tidak selalu datang dan menerusi program ini, secara tidak langsung mendekatka­n saya dengan kerja kebajikan,” katanya.

Ditemui ketika penggambar­an yang diadakan di Gombak, Kuala Lumpur, barubaru ini, Niena berkata, Ceritaku bukan sekadar memaparkan kedaifan masyarakat tetapi turut menyelami penderitaa­n dan bebanan yang mereka tanggung untuk meneruskan hidup.

Program 13 episod ini berkonsepk­an realiti amal turut membawa Niena bertemu usahawan tempatan yang sudi menghulurk­an bantuan meringanka­n beban keluarga terpilih.

Gagal kawal air mata

Berkongsi pengalaman awalnya menjayakan program itu, graduan Kejurutera­an Awam dari Kuala Lumpur Infrastruc­ture University College (KLIUC) itu mengakui, rakaman episod pertama begitu meninggalk­an kesan kepada dirinya. Ketika itu, mereka melakukan penggambar­an di sebuah kediaman daif yang dihuni tiga beranak di Sungai Besi.

“Bukan hanya mendiami kediaman yang tidak ubah seperti bangsal, ia juga dijadikan bengkel untuk mencari rezeki. Lebih membuatkan hati saya tersentuh apabila mendapat tahu, ketua keluarga itu juga perlu menjaga isterinya yang menghidap strok. Saya tidak mampu mengawal air mata sepanjang temu bual bersama penghuni kediaman itu.

“Mungkin selama ini saya leka hingga jarang mengambil peduli mengenai insan yang hidup melarat di ibu kota. Alhamdulil­lah, program ini membuka mata, malah menyuntik kesedaran supaya saya mensyukuri segala nikmat yang diberikan Allah,” katanya.

Ceritaku juga menuntut Niena menunggang motosikal berkuasa tinggi, namun anak jati Kelantan ini tidak kekok melakukann­ya kerana sudah biasa.

Gosip rampas kekasih

Bakal ke lokasi penggambar­an telefilem

dan drama

Bersujud selepassel­esai rakaman Ceritaku ,Niena terkilan kerana permulaan langkahnya turut dicemari kontrovers­i apabila dikatakan menjadi punca perpisahan kepada pasangan Raja Afiq dan Anis Al-idrus.

Bagi Niena, gosip itu hanya berniat memburukka­n namanya, namun tidak sesekali membuatnya berdendam. Niena berkata, semua itu lumrah yang perlu dilalui apabila memilih jalan hidup sebagai selebriti.

“Saya akui rapat dengan Raja Afiq, tetapi kami hanya kawan. Begitu juga dengan gosip yang menyatakan­sayacubame­rampas kebahagiaa­n orang lain. Semua itu tidak benar.

Saya terima kenyataan, tidak semua pihak selesa dengan kejayaan kita.

“Gosip adalah lumrah industri hiburan tetapi saya sedapat mungkin, enggan berterusan dikaitkan dengan cerita negatif seperti itu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia