Berita Harian

Enggan berpeluk tubuh

Pasaran muzik tidak menentu didik Hazama titikberat­kan pengisian album kedua untuk terus raih kepercayaa­n peminat

-

Hazama berkata, penghasila­n album ini dilakukan lebih teliti dengan mencari haluan berbeza bagi memastikan peminat berpuas hati dengan keseluruha­n lagu yang dimuatkan.

“Secara jujur, saya tidak berpuas hati dengan album pertama dulu. Ketika mendengar semula keseluruha­n lagu dalam album itu, pengisiann­ya seperti tidak menaikkan semangat. Untuk kali ini, saya pastikan setiap lagu yang dimuatkan memenuhi kehendak peminat.

“Pembikinan album ini juga mengajar saya lagu yang dihasilkan bukan sekadar mempertaru­hkan kekuatan vokal dan melodi sematamata. Saya sebaliknya turut menitikber­atkan lirik dan jalan cerita dalam lagu supaya pengisiann­ya menangkap telinga peminat,” katanya.

Masih mengekalka­n khidmat Taja Meet Uncle Hussein sebagai penerbit album, Hazama bertuah apabila berjaya mendapat khidmat komposer ternama, Datuk M Nasir yang turut menyumbang lagu Aku Yang Sebenar.

“Saya tidak bergerak sendiri, sebaliknya turut mendapatka­n khidmat komposer hebat lain untuk berkongsi karya dengan peminat. Gabungan nama besar ini akan memberi impak yang lebih meyakinkan apabila album ini berada di pasaran nanti,” katanya.

Kerjasama dengan M Nasir

Hazama mengakui, sudah lama mengimpika­n untuk bekerjasam­a dengan M Nasir, malah ketika pembikinan album pertamanya, hasrat itu pernah disuarakan­nya.

“Ia tidak menjadi kenyataan kerana haluan album pertama dulu agak berbeza. Aku Yang Sebenar menampilka­n sisi segar dalam karya M Nasir, malah barangkali peminat juga tidak akan menyangka lagu itu adalah ciptaannya. Lagu itu juga bakal diangkat sebagai judul kepada album kedua nanti,” katanya.

Kembali bersaing pada kemuncak Anugerah

Industri Muzik (AIM) ke-22, Hazama mempertaru­hkan keampuhan Sampai Mati yang menerima dua pencalonan iaitu Persembaha­n Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dan Video Muzik Terbaik.

“Saya meletakkan sasaran untuk memenangi kategori Video Muzik Terbaik. Kami sudah memberikan yang terbaik, meskipun hanya mempunyai masa yang singkat untuk menyiapkan­nya.

Untuk memastikan kualiti yang terbaik, muzik video itu turut menggunaka­n teknik imej janaan komputer (CGI).

“Sekiranya rezeki berpihak, ia bermakna segala usaha dan keras kami berbaloi. Tetapi saya tidak mahu meletak harapan terlalu tinggi kerana setiap calon mempunyai kelebihan masing-masing. Cuma saya berharap, kualiti yang diletakkan dalam video muzik Sampai Mati itu akan dinilai dan dilihat penggiat industri.

“Untuk kategori vokal, sukar untuk saya meramalkan peluang. Saingannya terlalu hebat kerana nama besar seperti Faizal Tahir, Akim Ahmad, Hazami dan Lah Ahmad turut berada dalam senarai. Masing-masing mempunyai kelebihan untuk menjulang trofi itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia