Berita Harian

Donny turunkan ilmu

-

atau nama sebenarnya, Donny Alamsyah Benjamin berkata, persahabat­an mereka semakin erat kerana berkongsi persamaan terutama dari segi perjuangan sebagai insan seni. Katanya, sepanjang penggambar­an, dirinya dan Ilya sering berkongsi pengalaman dan ia memudahkan mereka mencari keserasian.

“Kami banyak disatukan dalam babak aksi. Cukup mengagumka­n kerana Ilya bertekad melakukann­ya sendiri tanpa bantuan pelakon lagak ngeri. Saya sudah terbiasa berlakon filem aksi, jadi saya sedia turunkan ilmu kepadanya.

“Bekerja dengan pelakon yang mahu belajar, memudahkan segala-galanya. Risiko untuk cedera ada, tetapi semua itu boleh dielakkan dengan teknik yang betul. Biarpun mengalami kecederaan seperti lebam di badan, tetapi Ilya tidak berputus asa,” katanya.

Donny yang sudah membintang­i hampir 30 filem berkata, dirinya bermula sebagai kru produksi seterusnya mengembang­kan bakat dalam bidang suntingan selama empat tahun sebelum ditawarkan berlakon pada tahun 2004.

“Seorang teman mengajak saya menemaniny­a menjalani uji bakat filem Gie. Teman saya itu turut meletakkan nama saya dalam senarai uji bakat filem arahan Riri Riza itu. Saya terkejut kerana Nicholas Saputra juga hadir uji bakat itu. Sangka saya, teman saya itu cuba mengenakan saya.

“Saya agak takut, tetapi tetap mengikuti uji bakat itu. Syukur kerana saya diterima membintang­i filem itu. Pada hari pertama penggambar­an, saya hanya mendiamkan diri dan memerhati suasana di persekitar­an.

Saya banyak bertanya kepada Riri, mujur dia tidak bosan melayan pertanyaan saya.

“Nicholas pula meskipun kelihatan serius tetapi baik. Dia banyak membantu saya ketika mula berlakon dulu,” katanya.

Laluan mudah

Akui Donny, antara kenangan yang tidak mampu dilupakann­ya ketika terserempa­k dengan pengarah, Rudi Soedjarwo ketika menghabisk­an masa di sebuah pusat beli-belah.

“Saya terkejut apabila ada orang menegur dan meminta saya ke pejabatnya. Rudi memberitah­u, dia sedang membuat uji bakat untuk filem pertamanya dan tertarik dengan pembawaan diri saya. Syukur laluan saya mudah kerana diberi peluang membintang­i pelbagai filem ,” katanya.

 ??  ?? Kenangan ketika mendaki Gunung Prau bersama rakan artis Indonesia.
Kenangan ketika mendaki Gunung Prau bersama rakan artis Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia