Berita Harian

Shakilla sudah lali

- Oleh Fatin Farhan aariffin

Lfatin.farhana@ bh.com .m y

ebih sedekad mengabdika­n diri sebagai insan seni, pelbagai getir yang dilalui mematangka­n pelakon Shakilla Khoriri. Tidak kesal memilih jalan sukar ini, Shakilla atau nama lengkapnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri,

27, percaya setiap dugaan pasti ada kemanisan untuk dinikmatin­ya.

Pernah langkahnya diuji apabila hampir dua tahun menderita kerana terkena ‘buatan orang’, Shakilla bersyukur apabila dirinya menerima ganjaran berlipat ganda selepas pulih. Tidak mahu berterusan dibelenggu dendam, anak kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui hidupnya lebih tenteram apabila memaafkan orang lain.

“Hidup saya menjadi lebih positif, malah Tuhan turut membukakan pintu rezeki yang lebih luas selepas saya diuji. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Mungkin ini juga peringatan daripada Allah supaya tidak lupa kepada-nya ketika diri diulit kesenangan.

Tak kejar populariti

“Saya belajar untuk tidak menyimpan dendam atau membalas perbuatan itu. Saya sedar tidak semua orang menyenangi kejayaan kita. Tidak mengapa jika hanya saya yang dibenci, tetapi jangan bebankan keluarga saya. Mengapa harus menyimpan dengki kerana rezeki setiap manusia sudah tertulis?,” katanya.

Mengakui namanya kurang menyerlah biarpun sudah 11 tahun berlakon, Shakilla tidak pernah menganggap perkara itu sebagai kekurangan. Tawaran berlakon yang tidak putus diterima, membuktika­n bakatnya diakui.

“Biarpun tidak membawa watak utama, sekurang-kurangnya saya masih menjadi pilihan untuk peranan pembantu. Itu sudah memadai untuk saya menyara keluarga dan menggembir­akan mereka terutama emak. Pada usia 27 tahun, saya tidak lagi mengejar populariti.

“Cukup jika saya dikenali kerana watak yang dilakonkan, bukan kontrovers­i yang melekakan. Mungkin jika saya terlalu mudah mendapat apa yang diimpikan, saya akan lupa diri. Biarlah perlahan, namun langkah saya pasti kerana saya berada di sini atas dasar minat. Mungkin kerana itu saya tidak pernah jemu,” katanya.

Tiada iri

Akui Shakilla, pernah dulu terdetik di hatinya perasaan cemburu melihat pelakon lain dengan mudah membina populariti tersendiri. Namun, selepas bangkit daripada kesakitan, Shakilla akur, setiap insan mempunyai kelebihan masing-masing. Baginya, tiada guna menyimpan iri kerana semua itu hanya mengganggu fokus masa depannya.

“Saya hanya mempertaru­hkan kekuatan bakat dan meletakkan kualiti sebagai asas utama. Selain itu, saya juga menjaga disiplin dan menghormat­i orang lain supaya kekal lama dalam industri. Saya sudah terlalu penat mengejar watak utama.

“Meskipun sudah memberikan yang terbaik, namun bakat saya tidak begitu dihargai. Penerbit lebih memandang bakat baharu yang mempunyai rupa. Mungkin saya tidak cantik atau komersial pada mata mereka.

“Isu ini bukan sehari dua saya lalui, tetapi sudah bertahun-tahun menyebabka­n saya semakin lali,” katanya.

Ibu beri kata semangat

Meskipun hampir berputus asa dalam perjuangan­nya, Shakilla bersyukur kerana ibunya sentiasa meniupkan kata semangat untuk dirinya terus berdiri.

“Emak selalu berpesan, tiada kurangnya berlakon watak pembantu kerana setiap karakter mempunyai kekuatan tersendiri. Biarpun hanya diberi watak pembantu, namun saya berpeluang melakonkan pelbagai karakter. Dari situ, saya mula membuka mata dan memujuk diri.

“Tidak mengapa jika berterusan diberikan watak pembantu asalkan bakat saya dihargai. Alhamdulil­lah bayaran yang diterima juga berbaloi dan tidak menindas. Mungkin dulu saya sedih dan terkilan, tetapi kini saya berbangga.

Jika rupa saya tidak dipandang, sekurangku­rangnya masih ada yang mempercaya­i bakat saya,” katanya.

Shakilla kini menjalani penggambar­an drama bersiri 80 episod terbitan Global Station, Papa Ricky, selain terbabit dengan drama 26 episod siaran RTM,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia