Berita Harian

Dugaan awal Qody, Syazwanie

Bintang Mentor Milenia m ulaterasa bahangs aingan p erkenalbak­at

- Oleh Mohd Aizat Shamsu ddin

Tm ohdaizat@bh.com .m y

ernyata segala yang diimpikan masih menjadi tanda tanya, meskipun permulaan langkah yang diatur begitu meyakinkan.

Selepas enam bulan menamatkan perjuangan dalam program realiti, Mentor Milenia, perjalanan dua protege Black ini untuk membina tapak lebih kukuh masih samar.

Bahang saingan untuk menempatka­n diri semakin dirasai naib juara, Qody dan pemenang tempat ketiga program realiti itu, Syazwanie apabila susulan usaha dengan menghasilk­an single belum menampakka­n cahaya. Entah di mana silapnya, perancanga­n seni mereka seakan kaku apabila single yang dipertaruh­kan tidak mendapat perhatian stesen radio.

Lagu tidak diputarkan di radio

Qody hadir dengan single pertama Biar Aku ciptaan sepenuhnya Erdy Abdul Halim, manakala Syazwanie mempertaru­hkan Takhta Teratas karya bersama Ammar Habbir dan Andy Kirana.

“Saya tidak tahu mengapa lagu kami tidak diputarkan radio. Saya dimaklumka­n, lagu kami sudah dihantar untuk dipertimba­ngkan, namun hingga kini, masih belum mendapat maklum balas. Secara jujur, saya tertanya-tanya apa nasib lagu yang dirakamkan itu.

“Hendak dikatakan tidak memenuhi piawaian, ia dihasilkan komposer ternama yang memberikan saya sepenuh kepercayaa­n untuk mencorakka­n Biar Aku . Disebabkan kurang mendapat sokongan, kehadiran lagu ini kurang disedari umum. Tidak dinafikan, kami mempunyai platform media sosial seperti You Tu be dan Spotify untuk mempromosi­kannya.

“Namun, usaha itu tidak memadai jika promosinya kurang meluas. Radio tetap memainkan peranan penting kerana dari situ, akan wujud permintaan, sekali gus membantu lagu nyanyian melekat dan menjadi siulan ramai,” katanya.

Kerja lebih keras

Pemilik nama, Rossaidi Abdul Rani, 22, yang berasal dari Pulau Langkawi, Kedah ini masih belum berputus asa. Bagi Qody, sekali melangkah dalam industri seni, dirinya tidak akan berundur, selagi apa yang diimpikan belum menjadi kenyataan.

“Saya bersyukur tetap menerima undangan persembaha­n biarpun nama masih belum mantap. Saingan dalam industri terlalu sengit apabila saban bulan, pasti akan muncul artis dan lagu baharu. Semua itu mengajar saya supaya bekerja lebih keras,” katanya.

Syazwanie mencuba sejak kecil

Percubaan Syazwanie atau Nurul Syazwanie Mohd Basri, 22 dalam Mentor Milenia bukan yang pertama kerana sebelum ini, wanita itu pernah mencuba nasib dalam beberapa program realiti lain namun gagal menempatka­n diri.

“Saya mula menyanyi sejak kecil lagi kerana mengikuti ayah yang juga guru muzik. Saya juga aktif bu sking hingga diberi peluang menghasilk­an single Aku r Janji bersama Eddie Hamid pada usia 14 tahun.

“Selepas tamat persekolah­an, saya mula menyertai uji bakat program realiti, tetapi gagal membolosi senarai utama. Saya anggap penyertaan dalam Mentor Milenia dan meraih tempat ketiga sebagai rezeki selepas berkahwin,” katanya.

Namun, tapak kukuh yang cuba dibinanya tidak semudah yang disangka. Sama seperti Qody, Syazwanie turut diuji apabila lagu nyanyianny­a tidak mendapat tempat di corong radio.

“Pengalaman sejak kecil dalam bidang ini banyak mematangka­n saya. Walaupun sudah ada platform, tetapi ia bukan jaminan untuk melonjakka­n nama dalam industri. Saya Ikon Belia Pulau Langkawi.

Syazwanie aktif menyanyi sejak zaman persekolah­an lagi. Ketika berusia 14 tahun, Syazwanie pernah menghasilk­an single Akur Janji bersama Eddie Hamid

Syazwanie pernah menyertai uji bakat Akademi Fantasia dan Bintang RTM, namun gagal menempatka­n diri dalam barisan utama. memerlukan lebih banyak ruang untuk membina keyakinan diri beraksi di pentas.

“Mengikut perancanga­n pihak pengurusan iaitu Monkey Bone, mereka berusaha mempromosi­kan Takhta Teratas sebagai pilihan menghiasi runut bunyi drama. Mungkin dengan cara ini, itu dapat dipromosik­an dengan lebih meluas,” katanya.

 ??  ?? single
single

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia