Berita Harian

Bentu k identiti diri

Sentiasa laku kan eksperimen cari formu la terbaik u ntu k dikenali sebagai penyampai disegani

-

AAssalamua­laikum... pa khabar pendengar baharu Kool FM di Kota Bharu, Kelantan (menerusi frekuensi 88.6FM) dan Alor Setar, Kedah (107.3FM)? Diharapkan lagu yang kami putarkan memenuhi cita rasa semua. Seperti biasa, sekali lagi Liza ingin kongsikan aktiviti yang Liza lakukan pada minggu ini.

Liza harap perkongsia­n ini dapat memberi sedikit gambaran bagaimana penyampai radio melaksanak­an tanggungja­wab mereka. Barangkali pada mata umum, tugas utama penyampai radio hanya bersiaran di konti. Di sebalik tanggungja­wab hakiki itu, penyampai radio juga perlu memenuhi tuntutan lain seperti menerima undangan sebagai tetamu program, menghadiri acara tertentu dan sesi fotografi serta pelbagai komitmen lagi.

Isnin lalu, Liza menerima jemputan sebagai tetamu program Ye Ke? yang bersiaran di TV3, pada setiap Ahad, jam 11 malam. Bertepatan dengan topik pada minggu itu iaitu ‘Hanya di Radio’, penyampai radio baharu dan lama dikumpulka­n bagi membincang­kan suka duka membina kerjaya sebagai penyampai radio.

Antara tetamu yang turut serta dalam rakaman program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul; dua penyampai senior iaitu Fara Fauzana dan Faizal Ismail, selain Fizie serta Ammar.

Program yang dikendalik­an pengacara berpengala­man iaitu Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra disapa Kak Ogy bersama AG itu turut dihangatka­n dengan soalan panas dan usikan mencuit hati. Bersedia atau tidak, kita perlu bijak mencerna setiap pertanyaan terutama yang menguji emosi.

Penyampai senior jadi idola

Secara jujur, Liza menyukai cara Faizal dan Fara menjawab soalan panas yang terpacul spontan daripada pengacara program. Tepat jika Liza katakan mereka adalah idola Liza dalam industri ini.

Daripada dua figura berjaya ini, Liza belajar resipi sesebuah kejayaan adalah disiplin. Meskipun

 ??  ?? Liza bersam a Seelan ketika m en jayakan rakam an program Ye Ke?
Liza bersam a Seelan ketika m en jayakan rakam an program Ye Ke?
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia