Berita Harian

Hilang gemuruh dengan cara santai

-

Sementara itu, berlatarbe­lakangkan bidang sains politik dan ekonomi, seorang lagi pengacara #Kitajuara, Jasmine Suraya, berkata ilmu menjadi kunci utama dirinya dilihat mampu pergi jauh dalam bidang penyiaran dan segmen sukan.

Beliau yang juga pernah terbabit dalam program hiburan berkata, bidang sukan lebih kepada persoalan teknikal selain memiliki sejarah yang panjang.

“Bagi mendapatka­n ilmu mengenai dunia sukan, saya perlu banyak melakukan kajian dan penyelidik­an. Dengan adanya ilmu itu, ia membantu meningkatk­an tahap keyakinan diri ketika berdepan dengan kamera secara langsung.

“Saya bukanlah orang yang aktif bersukan. Jadi, sudah tentu saya akan berasa gemuruh. Lamakelama­an, apabila sudah biasa, saya anggap pula seperti bercakap dengan seorang kawan. Saya tidak gemar mengambil pendekatan terlalu serius kerana ia hanya akan mendatangk­an tekanan.

“Bagi menghilang­kan perasaan gemuruh, saya menggunaka­n kaedah lebih santai dengan cara berbual. Di belakang kamera pula, saya banyak berkawan dengan mereka untuk mencari keselesaan selain mendapat lebih banyak maklumat,” katanya yang turut aktif berlakon drama dan filem bebas.

Daripada pramugari ke dunia penyiaran

Berbeza pula dengan Anim, seorang lagi anak kelahiran Johor. Beliau menimba pengalaman awal dengan berkerja di awan biru sebagai pramugari selama tiga tahun.

Mencari titik persamaan dengan bidang tugas baharu, iaitu sebagai wartawan dan pengacara untuk perlawanan Bola Sepak Liga Super, Anim berkata ia adalah minat dan pengalaman.

“Sebagai pramugari, saya bertemu dengan ramai orang ketika bertugas. Pengalaman berkenaan sedikit-sebanyak turut membantu saya dalam karier baharu ini.

“Pertukaran bidang pula bagi saya bukan suatu yang sukar. Saya sekadar ingin mencuba sesuatu yang menarik dalam kehidupan, tambahan pula saya memang meminati dunia pengacaraa­n dan berada di hadapan kamera.

“Saya menguji kebolehan dengan menyertai sesi uji bakat untuk menjadi pengacara beberapa segmen. Alhamdulil­lah, rezeki saya berpihak kepada bidang pengacaraa­n sukan,” katanya yang turut menjadikan bidang baharu ini sebagai batu loncatan untuk mengecapi dunia glamor.

Diajakkelu­ar ketika bertugas

Seperti Aina yang sering diusik penonton, Anim turut berdepan situasi sama.

“Julung kali mengendali­kan segmen itu, saya memang gemuruh. Tambahan pula ramai lelaki yang berada di sekitar cuba mengusik saya. Ada yang minta nombor telefon dan mengajak keluar.

“Mula-mula saya agak terganggu, tetapi apabila rakan kerja ada bersama dan memberi semangat supaya saya perlu fokus dengan tugasan, saya berjaya lupakan gangguan berkenaan.

“Ia pula bukanlah tekanan, sebaliknya saya menjadikan­nya sebagai cabaran dan pengalaman baharu yang menarik buat saya,” katanya yang turut belajar cara untuk menaikkan tahap keyakinan diri daripada rakan sekerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia