Berita Harian

Tak tumpang populariti

Bina pengaruh sendiri, I Am Neeta enggan terus dikaitkan dengan Najwa Latiff

- Oleh Fatin Farhan aariffin

I Am Neeta ditubuhkan pada awal tahun 2012, dianggotai Neeta Manisha, 22, sebagai vokalis, Anas Zakwan Azhar , 23 (bass) dan Patrick Anohada, 30 (gitar utama). Tidak berhasrat untuk menambah anggota dan selesa menggunaka­n khidmat pemain dram apabila menerima jemputan.

I Am Neeta sudah menghasilk­an tujuh single iaitu Terima Kasih, Jatuh Cinta, Tuhan Tolong Aku, Marry Me, Satu Dunia, Kau Pergi Jua (duet bersama Najwa Latif) dan yang terbaharu, Sakit. Kesemua lagu itu dihasilkan pemain gitar utamanya, Patrick dan dimuatkan dalam album pertama mereka.

I Am Neeta pernah diundang sebagai artis pembuka tirai konsert Taylor Swift di Kuala Lumpur pada Jun 2014.

Neeta berasal dari Sungai Petani, Kedah, manakala Anas dilahirkan di Kedah tetapi membesar di Ampang, Selangor. Patrick pula berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Efatin.farhana@bh.com.my

mpat tahun berusaha keras membebaska­n diri daripada dibayangi populariti bintang sensasi Youtube, Najwa Latiff, kumpulan tiga anak muda yang menggelark­an diri mereka I Am Neeta kini berbangga kerana mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Pernah bekerjasam­a menerusi lagu sejak itu bayangan Najwa sering mengekori langkah I Am Neeta yang dibarisi Neeta Manisha,

22, Anas Zakwan Azhar , 23 dan Patrick Anohada, 30. Biarpun kerjasama itu memberi sedikit kelebihan untuk mereka pantas dikenali, namun I Am Neeta lebih selesa dikenali atas bakat sendiri.

“Kami tidak pernah menumpang populariti Najwa. Mungkin kerana sama-sama bermula daripada Youtube, seterusnya berkolabor­asi menerusi lagu Pergi Jua, ramai mengandaik­an kami bergantung kepada populariti Najwa untuk melangkah selesa dalam arus muzik perdana.

“Biarpun tidak mudah, tetapi kami tidak pernah putus asa. Sepanjang empat tahun ini, kami berusaha keras membuktika­n bakat supaya kehadiran I Am Neeta disedari dan dihargai. Kami berbangga kerana bayangan Najwa sudah mula menjauh dan I Am Neeta kini mampu berdiri di atas kaki sendiri,” kata Neeta yang juga vokalis kumpulan itu.

Ketika bakat mereka mula meraih perhatian, fokus khalayak lebih tertumpu kepada Neeta menyebabka­n kehadiran Anas dan Patrick kurang disedari. Menganggap­nya sebagai isu remeh, Anas yakin ketiga-tiga mereka memiliki keistimewa­an tersendiri untuk membawa I Am Neeta ke tahap terbaik.

Pelengkap album

“Kami tidak perlu cemburu jika Neeta lebih popular kerana masing-masing membawa nama I Am Neeta. Kami bertiga mempunyai kelebihan dan peranan tersendiri yang melengkapi I Am Neeta. Setiap kami mempunyai tanggung jawab untuk memastikan nama I Am Neeta terus mekar dan bertahan, bukan sekadar muncul sebagai persinggah­an,” kata Anas.

Kembali hadir dengan single terbaharu, Patrick berkata, lagu itu menjadi pelengkap kepada album sulung mereka yang dijangka menjengah pasaran pada bulan depan.

“Album ini sudah lengkap sepenuhnya, cuma menanti masa untuk dilancarka­n. Tidak dinafikan, proses pembikinan album ini mengambil sedikit masa kerana banyak insiden dilalui untuk menyempurn­akannya. Ketika kami sudah bersedia, negara pula sedang bersedih dengan pelbagai tragedi menyayat hati.

“Disebabkan itu, kami tangguhkan dulu niat dan menanti masa yang sesuai.

Enam lagu yang terlebih awal siap, terpaksa disimpan. Alangalang sudah merakamkan lagu terbaharu, mengapa tidak kami selitkan sekali single Sakit sebagai bonus untuk peminat yang sudah lama menanti,” katanya.

Penangguha­n tarikh pengedaran juga memberi rahmat kepada I Am Neeta untuk mencari kematangan dalam karya mereka. Meskipun dilancarka­n ketika pasaran muzik tidak lagi terarah kepada album penuh, I Am Neeta percaya, bakat mereka tidak akan disia-siakan.

“Banyak ruang baharu yang kami cuba teroka menerusi

Untuk menyuntik sedikit kesegaran, kami tampilkan elemen ‘misteri’ dalam lagu yang mengangkat genre pop rock itu. Kami berharap akan membawa kami melangkah lebih jauh, malah menyimpan harapan untuk membolosi Anugerah Juara Lagu.

“Meskipun terlalu awal untuk meramal langkah, namun sambutan yang diberikan peminat cukup melegakan apabila muzik video Sakit ditonton lebih setengah juta,” katanya.

Fokus kerjaya seni

Meskipun sibuk dengan kerjaya muzik, namun I Am Neeta berbangga apabila masingmasi­ng berjaya menyempurn­akan pengajian. Neeta baru menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Seni Persembaha­n di Kolej Universiti KDU, manakala Anas menyelesai­kan pengajian dalam jurusan lulusan Kejurutera­an Kimia dari sebuah kolej di Melaka, tahun lalu.

Mereka lega kerana impian untuk menggengga­m kejayaan tercapai, meskipun pada masa sama, terpaksa membahagik­an masa dengan minat terhadap seni. Ketika ini, Neeta dan

Anas ingin menumpukan sepenuh fokus kepada kerjaya seni untuk memantapka­n lagi nama I Am Neeta.

“Kami lega kerana jemputan persembaha­n yang diterima tidak putus, terutama untuk program membabitka­n remaja di universiti tempatan. Kesempatan itu kami manfaatkan untuk memperluas­kan lagi pengaruh I Am Neeta dalam kalangan pencinta seni,” katanya.

 ??  ?? Kau Pergi Jua, Kau Sakit, Sakit. Sakit
Kau Pergi Jua, Kau Sakit, Sakit. Sakit
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia