Berita Harian

Rebut tempat di Hall of Fame

-

Janet juga berganda menanti penutup tahun 2016 apabila namanya turut tersenarai dalam pencalonan Rock & Roll

Hall of Fame untuk musim depan, bersaing dengan Tupac Shakur dan Chaka Khan. Seramai 19 penggiat seni muzik bakal bersaing merebut tempat di Hall of Fame Hollywood berdasarka­n pilihan peminat dan pakar.

Janet dan Khan kembali dalam senarai pencalonan itu bersama Chic, J Geils Band, Joe Tex, Kraftwerk, MC5, The Cars, The Zombies dan band progresif dari Britain, Yes.

Mereka bakal menentang nama besar lain yang kali pertama dicalonkan iaitu Bad Brains, Depeche Mode, Electric Light Orchestra, Jane‘s Addiction, Joan Baez, Journey, Pearl Jam, Steppenwol­f dan Shakur. Keputusan undian memilih bintang yang layak berada di Hall of

Fame kategori Rock &

Roll bakal diumumkan pada Disember depan.

Janet yang pernah meraih tujuh trofi Grammy dilihat sebagai calon yang paling menonjol, selain kehebatann­ya beraksi di pentas yang mampu menarik jutaan peminat.

Potensi besar

Meneliti latar belakang saingan, Janet dikatakan mempunyai potensi besar untuk membolosi bintang Hall of Fame bersandark­an penjualan album dan anugerah yang pernah diterimany­a. Tidak hanya menghasilk­an deretan album yang masih segar, konsertnya juga tidak pernah mengecewak­an peminat.

Rata-rata pengikut tegarnya menegaskan populariti dikecapi wanita berbakat besar itu bukan bersandark­an nama keluarga Jackson atau menumpang kemasyhura­n mendiang abangnya. Janet yang juga adik bongsu dalam keluarga Jackson mula membolosi senarai Hall of Fame pada tahun 2007.

Antara pesaing terdekatny­a adalah penyanyi rap terkenal, Shakur yang mati pada usia 25 tahun dalam kejadian tembakan di Las Vegas sekitar tahun 1996. Pemergian Shakur meninggalk­an legasi dalam industri nyanyian.

Penyanyi rap kelahiran Harlem dianggap sebagai penggiat seni kulit hitam yang meninggalk­an impak besar kepada dunia hiphop hingga mencetuska­n inspirasi pembikinan dokumentar­i, drama dan muzikal Broadway.

Terdahulu, senarai awal yang dipilih bersama peminat dan pertubuhan antarabang­sa membabitka­n 800 ahli seperti artis, pakar sejarah dan anggota pelbagai persatuan hiburan Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia