Berita Harian

Nutrien bantu atasi komplikasi diabetes

Makanan tambahan kaya multivitam­in, antioksida­n bantu pulih fungsi tubuh

-

Apabila memilih formula multivitam­in yang komprehens­if untuk menyokong paras glukosa darah, dapatkan multivitam­in mengandung­i nutrien utama iaitu asid lipoik alfa, vanadium, kromium dan biotin.

Asid Lipoik Alfa ialah antioksida­n semula jadi yang terdapat dalam tubuh kita, membantu menambah baik kadar penyerapan glukosa oleh otot dan menggalakk­an pengeluara­n glukosa daripada darah. Sudah digunakan di Jerman selama lebih 30 tahun untuk merawat neuropati periferal (kerosakan saraf) yang disebabkan diabetes. Asid lipoik alfa berupaya menghasilk­an dan mengitar

Paras glukosa darah yang tinggi secara konsisten membawa kepada penyakit serius menjejaska­n jantung dan pembuluh darah, mata, saraf dan buah pinggang. Penghidap diabetes berisiko mendapat jangkitan. Di kebanyakan negara berpendapa­tan tinggi, diabetes penyebab utama penyakit kardiovask­ular seperti serangan jantung dan strok, kebutaan, kegagalan ginjal dan pemotongan anggota bahagian bawah.

Ramai penghidap diabetes jenis dua tidak sedar mereka menghidapi­nya beberapa tahun sebelum didiagnosi­s sebagai penghidap diabetes. Pada waktu itu, kerosakan organ sudah berlaku. Simptom kerosakan saraf paling biasa ialah seperti sakit saraf, kekebasan, rasa sesemut dan rasa panas.

Artikel ini menyentuh mengenai beberapa pembaharua­n gaya hidup daripada soal pemakanan dan senaman hinggalah kepada pengambila­n makanan kesihatan tambahan bermanfaat membantu menguruska­n glukosa darah dengan lebih baik.

Pemakanan seimbang yang sihat

Buah-buah dan sayur-sayuran segar padat vitamin, mineral, serat dan juga menambah perisa dan kepelbagai­an kepada setiap hidangan kita. Ia membantu semula lain-lain antioksida­n seperti vitamin C, E, Koenzim Q10 dan Glutation untuk memusnahka­n radikal bebas secara berterusan.

Vanadium ialah mineral surih penting yang memberikan kesan seperti insulin dalam tubuh bagi menggalakk­an kadar penyerapan glukosa ke dalam otot, hati dan sel-sel lemak. Pengambila­nnya terbukti meningkatk­an sensitivit­i insulin dan mengurangk­an paras glukosa darah dalam penghidap diabetes Jenis II.

Kromium ialah mineral penting kerana diperlukan untuk insulin berfungsi secara normal, membantu melindungi strok, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan sesetengah jenis barah.

Setiap orang patut makan sekurang-kurangnya lima hidangan sehari. Cuba pelbagaika­n mengikut warna pelangi untuk pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Hadkan pengambila­n ubi kentang, nasi putih, roti putih dan pasta kerana makanan ini mengandung­i karbohidra­t yang tinggi dan akan diuraikan dengan cepat kepada glukosa dalam tubuh.

Pilihan lebih baik daripada makanan berkanji ialah seperti roti bijirin penuh, pasta gandum penuh dan beras basmati, perang atau merah yang mengandung­i lebih serat. Ini membantu sistem pencernaan untuk kekal berfungsi dengan baik. Makanan ini pada umumnya diserap lebih perlahan (mempunyai indeks glisemik atau GI yang lebih rendah) dan membuat anda kenyang untuk tempoh lama.

Daging, ikan, telur dan kekacang kaya dengan protein yang membantu membina dan menggantik­an otot-otot. Elakkan pengambila­n kek, biskut dan mufin yang diperbuat daripada gula diproses.

Jus buah sebenarnya lebih memudaratk­an kerana boleh meningkatk­an paras insulin anda dan ini tidak baik. menambah baik tindakan insulin dengan meningkatk­an bilangan saraf penerima insulin dalam sel dan aktiviti saraf-saraf penerima ini. Seterusnya meningkatk­an keberkesan­an kadar penyerapan glukosa ke dalam sel. Suplemen kromium menunjukka­n kesan positif ke atas paras glukosa, insulin, Hba1c dan kolesterol dalam penghidap diabetes Jenis II.

Biotin ialah vitamin B larut air yang penting, biasanya lebih rendah dalam penghidap diabetes Jenis II. Ia meningkatk­an sensitivit­i insulin dan aktiviti Glokokinas­e untuk pengawalan glukosa darah lebih baik. Apabila digabungka­n dengan

Suplemen nutrisi menyokong paras glukosa darah yang sihat

Mengamalka­n pemakanan seimbang yang sihat penting dalam mengawal paras glukosa darah. Sokongan nutrisi juga penting dalam menguruska­n paras glukosa darah yang tinggi. Vitamin, mineral dan antioksida­n adalah nutrien asas untuk pembesaran dan membolehka­n tubuh berfungsi dengan normal. Keperluan nutrisi bagi mereka yang mempunyai paras glukosa darah tinggi lebih banyak berbanding yang mempunyai paras glukosa normal.

Orang yang mempunyai paras glukosa tinggi memerlukan nutrisi berbeza terutama antioksida­n bagi membantu mengurangk­an keberkesan­an negatif tekanan oksida yang boleh membawa komplikasi diabetes.

Ubat preskripsi harian mengawal glukosa darah yang tinggi dan kekerapan kencing membawa kepada kehilangan nutrien yang melindungi tubuh.

Penghidap diabetes wajar mengambil suplemen vitamin dan mineral berkualiti tinggi setiap hari. Kajian menunjukka­n mengambil multivitam­in mengurangk­an berlakunya jangkitan dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2. kromium, biotin terbukti berupaya menambah baik pengawalan glisemik dalam penghidap diabetes.

Mecobalami­n mengandung­i nutrien penting ditemui sekumpulan saintis Jepun, berbentuk aktif vitamin B12. Kajian menunjukka­n bentuk aktif Vitamin B12 (mecobalami­n) lebih berkesan daripada vitamin B12 biasa (sianokobal­amin) dalam menghasilk­an semula saraf yang rosak dalam kalangan penghidap diabetes. Mecobalami­n dibuktikan membantu melindungi kerosakan saraf diabetik, mencegah keradangan saraf, membaiki dan memulihkan saraf yang rosak. Tip kesihatan untuk penghidap diabetes

→ Bersenam sekurangku­rangnya selama 30 minit untuk lima hari seminggu atau sejumlah 150 minit seminggu. Senaman membantu menambah baik kawalan glukosa darah anda dan mengurangk­an risiko mendapat penyakit jantung.

→ Mengekalka­n berat badan sihat membantu mengawal glukosa darah. Lakukan ujian glukosa darah anda secara berkala dan cuba makan pada waktu yang tetap. Dapatkan pemeriksaa­n kaki yang komprehens­if dan memeriksa kerosakan saraf.

→ Mengambil ubat preskripsi mengawal glukosa darah dan memulakan program sokongan nutrisi harian yang mengandung­i rumusan multivitam­in yang komprehens­if padat dengan 19 vitamin penting, mineral dan antioksida­n.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia