Berita Harian

Herba halau nyamuk

Campu ran bahan semula jadi cara mu dah elak digigit nyamu k

- Oleh Halina M ohd Noor

Phalina_mdnoor@bh.com.my

ada masa ini DEET (N,n-diethyl-metatoluam­ide) sering digunakan di dalam beratus produk penghalau serangga yang bahaya untuk kanak-kanak khususnya.

Ini kerana kulit mereka lebih mudah menyerap bahan kimia dan berpotensi memberikan kesan buruk kepada perkembang­an sistem saraf.

Satu lagi bahan kimia yang boleh memberikan kesan buruk di dalam racun serangga adalah permethrin yang menyebabka­n ketumbuhan dalam paru-paru dan hati hingga menimbulka­n masalah kepada sistem imun dan kecacatan kromosom.

Penggunaan­nya sangat beracun kepada alam sekitar terutama lebah dan hidupan dalam air serta kucing.

Baru-baru ini, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menyaranka­n orang ramai menanam pokok bunga tahi ayam, serai wangi dan lidah buaya di rumah untuk menghalau nyamuk.

Halau secara semula jadi

Ini kerana aroma yang dihasilkan tumbuh-tumbuhan terbabit tidak disenangi serangga termasuk nyamuk.

Anda boleh menghasilk­an penghalau nyamuk menggunaka­n bahan semula jadi yang biasa digunakan sebagai bahan masakan seperti minyak daun kayu manis dan pati vanila yang dicampur dengan minyak zaitun.

Kajian pada tahun 1960-an mendapati pengambila­n B1 (thiamine) mungkin berkesan untuk tidak menggalakk­an nyamuk menggigit. Bagaimanap­un, kajian itu tiada kesimpulan­nya.

Pakar Pemakanan dan Kesihatan Alternatif, Dr Janet Starr Hull, mencadangk­an pengambila­n satu tablet vitamin B1 sehari dan menambah 100mg B1 sehingga B100 kompleks setiap hari pada musim nyamuk, menjadikan seseorang itu kurang menarik bagi nyamuk.

Kurangkan makan pisang ketika musim nyamuk

Anda mungkin perlu mengurangk­an makan pisang pada musim banyak nyamuk kerana proses metabolism­e yang berlaku dalam tubuh dapat menarik nyamuk.

Makan lebih banyak bawang putih atau kapsul bawang putih membantu melindungi daripada gigitan nyamuk.

Selepas digigit, matlamat bertukar daripada menghalau kepada merawat kegatalan dan radang. Terdapat pelbagai herba dan agen semula jadi yang berupaya melegakan kulit, selain bahan antiradang atau antimikro lain.

Gunakan ais atau tuam dengan kain hangat seperti sudu yang dihangatka­n (pastikan tidak terlalu panas) untuk melegakan bekas gigitan.

 ??  ?? Aroma kayu manis tidak digemari serangga.
Aroma kayu manis tidak digemari serangga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia