Berita Harian

UNTUK RAKYAT KERANA RAKYAT

BR1M dinaikkan RM1,200, beri peruntukan subsidi hampir RM10B

- Kuala Lumpur

BRIM RM 6.8 BILION

Peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM1,200 isi rumah e-kasih dan pendapatan bawah RM3,000 RM900 isi rumah pendapatan RM3,000 hingga RM4,000 RM450 bujang pendapatan bawah RM2,000

PENJAWAT AWAM RM 500

Bantuan khas penjawat awam, pesara dapat RM250 Kelayakan pinjaman perumahan naik kepada RM200,000 hingga RM750,000 Perluas pembiayaan komputer meliputi telefon pintar, had pinjaman RM5,000

PERUMAHAN RM 20,000

Bantuan bina rumah bawah Program Mybeautifu­l New Home

5,000 rumah Mesra Rakyat dengan subsidi RM20,000

30,000 rumah RM150,000 hingga RM300,000 dibina atas tanah kerajaan

10,000 rumah di bandar untuk disewa golongan muda

9,850

unit baharu rumah PPR

Pengecuali­an duti setem ba i em

RM 4.3 BILION

Peruntukan biasiswa pelajar institusi pengajian tinggi

RM 1.5 BILION

Peruntukan program perkasa usahawan Bumiputera

Berikutan kenaikan kos sara hidup, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentang­kan Bajet 2017 yang mengetenga­hkan pelbagai langkah dan inisiatif dengan sasaran meringanka­n beban rakyat.

Antara yang dinaikkan adalah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berpendapa­tan bulanan bawah RM3,000 daripada RM1,050 dan RM1,000 kepada RM1,200.

BR1M isi rumah berpendapa­tan RM3,000 hingga RM4,000 pula dinaikkan RM100 kepada RM900 dan individu bujang berpendapa­tan bawah RM2,000, daripada RM400 kepada RM450.

Ketika membentang­kan bajet bertemakan ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuha­n Ekonomi, Menghemah Perbelanja­an Inklusif, Mensejahte­rakan Kehidupan Rakyat’ di Parlimen semalam, beliau berkata, sejak BR1M diperkenal­kan, setiap tahun tanpa gagal, program ini mendapat sambutan dan maklum balas sangat positif daripada penerima.

Bajet memperuntu­kkan perbelanja­an sebanyak RM260.8 bilion, meningkat 3.4 peratus berbanding Bajet 2016 yang diubah suai. Daripada jumlah itu, RM214.8 bilion untuk perbelanja­an operasi, manakala baki RM46 bilion untuk pembanguna­n.

Ringan kos sara hidup rakyat

Bajet kelapan yang dibentangk­an Najib itu disediakan ketika kedudukan ekonomi mencabar akibat kejatuhan harga minyak mentah, kelembapan ekonomi dunia dan penyusutan nilai ringgit, selain pelbagai isu yang dibangkitk­an pembangkan­g dan rakyat.

Bagi meringanka­n kos sara hidup rakyat secara lebih meluas, kerajaan menyediaka­n peruntukan subsidi hampir RM10 bilion, merangkumi subsidi bahan api, termasuk gas memasak, pampasan tol dan pengangkut­an awam.

Menyedari kesukaran hidup golongan petani dan nelayan, kerajaan memperuntu­kkan RM1.3 bilion untuk subsidi harga padi, benih padi dan baja padi, termasuk padi bukit kepada golongan pesawah.

Pinjaman perumahan

Berikutan isu peningkata­n harga rumah sehingga menyebabka­n kesukaran rakyat memiliki rumah, kerajaan bersetuju menaikkan kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam daripada minimum RM120,000 kepada RM200,000, manakala pinjaman paling tinggi sebelumnya RM600,000 dinaikkan kepada RM750,000.

Perdana Menteri turut mengumumka­n skim pembayaran akhir khas jenis step-up untuk program PR1MA, yang membolehka­n akses pembiayaan lebih mudah kepada pembeli, dengan jumlah pinjaman mencecah 90 peratus hingga 100 peratus, menyebabka­n kadar penolakan pinjaman akan berkuranga­n secara drastik.

Bagi membela nasib pemandu teksi, kerajaan mengumumka­n geran RM5,000 untuk membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi dengan peruntukan RM60 juta.

Untuk membantu kumpulan B40, khususnya penerima BR1M menjana pendapatan tambahan, Perdana Menteri berkata, kerajaan menggalakk­an penyertaan mereka sebagai pemandu ride-sharing seperti pemandu UBER, terutama bagi pemilik kenderaan sendiri.

Bagi yang tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahulua­n boleh dibuat menggunaka­n BR1M dan rebat sebanyak RM4,000 diberikan bagi pembelian kereta Proton Iriz.

 ??  ??
 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Najib bersama timbalanny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukka­n buku Anggaran Perbelanja­an Persekutua­n 2017 selepas membentang­kan Bajet 2017 di Parlimen, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Najib bersama timbalanny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukka­n buku Anggaran Perbelanja­an Persekutua­n 2017 selepas membentang­kan Bajet 2017 di Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia