Berita Harian

Semangat baharu Oja

Sahutcabar­an kembali bina nama bersama Tunable Band selepas 15 tahun di sebalik tabir

- Oleh Rozdan Mazalan

Oja bukan nama baharu dalam industri hiburan kerana sejak kanak-kanak lagi sudah membina kelompok peminat yang tersendiri menerusi lagu popularnya seperti Maafkanlah Ibu dan Dasira. Populariti itu bagaimanap­un, tidak bertahan lama apabila Oja atau nama sebenarnya, Daninas Huza Daud, 37, memilih bergerak di balik tabir.

Selepas 15 tahun menjadi pemuzik, Oja bagaikan memperoleh semangat baharu apabila bergabung dengan Tunable Band sejak dua tahun lalu. Kembali memperkena­lkan diri sebagai Oja and Tunable Band, mereka kini muncul dengan single terbaharu, Cukup Sekali.

Ditemui pada majlis pelancaran single itu, Oja mengakui sebelum ini tidak mempunyai keyakinan diri untuk aktif semula. Perasaan untuk kembali mencipta nama hanya terdetik apabila sering menghabisk­an masa bersama Tunable Band.

Sokongan berterusan mereka membuka hati Oja untuk menyahut cabaran yang pernah terhenti 15 tahun lalu.

“Mereka adalah sahabat lama yang begitu mencintai muzik. Kami selalu bertemu di studio untuk sesi jamming dan sering berbincang mengenai muzik tanah air. Diikutkan sudah lama kami bercadang untuk bergabung tetapi hasrat itu tidak pernah menjadi.

“Saya juga sudah lama tidak berdiri di pentas, membuatkan saya agak janggal dan kekok. Mereka bagaima-

Oja and The Tunable Band bermula sebagai projek penyatuan semula anggota kumpulan Spoon namun membentuk band baharu selepas bergabung dengan Oja.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ] ?? Kumpulan Oja & Tunable Band pada majlis pelancaran single Cukup Sekali di Kompleks Studio Merdeka FINAS, Hulu Kelang.
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB / BH ] Kumpulan Oja & Tunable Band pada majlis pelancaran single Cukup Sekali di Kompleks Studio Merdeka FINAS, Hulu Kelang.
 ??  ?? Oja
Oja

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia