Berita Harian

Sikap punca bahasa Melayu terpinggir

Penggunaan hadapi cabaran kerana jati diri masih belum jelas

- Oleh Rafidah Mat Ruzki

Perpaduan kaum yang dirancang melalui sistem pendidikan kebangsaan dengan dasar penggunaan satu bahasa sebagai bahasa pengantar, masih gagal meletakkan kedudukan bahasa Melayu pada kedudukan sewajarnya.

Selain itu, persaingan antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris serta sikap masyarakat yang salah terhadap penggunaan­nya juga antara cabaran lain yang dihadapi bahasa kebangsaan ketika ini.

Pakar bahasa Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, ketika membentang­kan kertas kerja bertajuk ‘Bahasa Melayu Dalam Abad Ke-21: Isu dan Cabaran’, berkata bahasa itu juga menghadapi cabaran rakyat Malaysia sendiri yang sangat rapuh ekoran jati diri mereka yang masih belum jelas.

Gejala globalisas­i

“Cantuman kerapuhan binaan masyarakat dan gejala globalisas­i menghasilk­an keadaan di mana bahasa Inggeris menjadi semakin Pakar bahasa Melayu penting di negara kita. Sejumlah besar rakyat kita mendapat pendidikan dalam bahasa Inggeris menyebabka­n mereka lebih cenderung kepada bahasa itu.

“Ada antara mereka sejak kecil lagi dihantar belajar ke luar negara oleh ibu bapa daripada golongan berada dan akibatnya mereka kurang yakin dengan sistem pendidikan menggunaka­n bahasa kebangsaan,” katanya.

Nik Safiah berkata, boleh dikatakan bahasa kebangsaan di negara ini tidak mempunyai kedudukan yang sewajarnya dalam konteks peranannya sebagai bahasa rasmi dan bahasa utama negara.

Katanya, gejala globalisas­i dalam kalangan masyarakat menyebabka­n mereka tidak melihat kepentinga­n mempertaha­nkan bahasa kecil kerana menganggap perhubunga­n menjadi cekap jika hanya satu atau dua bahasa yang luas penyebaran­nya digunakan.

“Bagi mereka, bahasa kecil yang ada lebih baik diketepika­n sahaja untuk memberi laluan kepada bahasa utama dunia misalnya bahasa Inggeris,” katanya sambil menyaranka­n beberapa usaha untuk mengembali­kan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.

Antara usaha itu, katanya, masyarakat perlu membina sikap yang betul terhadap kedudukan dan fungsi bahasa Melayu serta bahasa Inggeris dalam negara dan pada masa sama, kedua-dua bahasa juga perlu dikuasai dengan baik.

Pupuk rasa bangga, setia

“Penguasaan bahasa Melayu perlu disertai rasa cinta dan bangga yang dikaitkan dengan jati diri serta maruah bangsa, manakala kedudukan bahasa Inggeris pula berikutan keperluann­ya untuk pemahaman, selain komunikasi yang berkesan.

“Perlu dipupuk rasa bangga dan kesetiaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat. Terlalu ramai tidak tahu bahasa Melayu ada sejarah yang lama dan gemilang, ramai tidak sedar bahasa Melayu mempunyai sistem yang sama canggih dengan bahasa moden lain termasuk bahasa Inggeris,” katanya.

Konvensyen berkenaan semalam turut meluluskan enam resolusi yang akan dipantau oleh sekretaria­t khas bagi menjamin ia diakhiri dengan tindakan tegas oleh pihak bertanggun­gjawab.

 ?? [FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH] ?? Antara tetamu yang hadir pada Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UITM Shah Alam, semalam.
[FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH] Antara tetamu yang hadir pada Majlis Perasmian Penutup Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UITM Shah Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia