Berita Harian

KL anjur Forum Pengurusan Hilangupay­a Antarabang­sa 2016

-

Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) akan menjadi tuan rumah kepada persidanga­n antarabang­sa,

(IFDM) 2016 yang akan membincang­kan secara mendalam mengenai isu, trend dan amalan terbaik pengurusan hilangupay­a ini.

IFDM atau Forum Pengurusan Hilangupay­a Antarabang­sa yang akan diadakan pada 22 - 24 November di Kuala Lumpur Konvensyen Centre (KLCC) akan disertai oleh penceramah dari Belgium, Australia, Austria, Kanada, China, Jerman, India, Malaysia, Sri Lanka, Sweden, Switzerlan­d, Thailand dan Amerika Syarikat.

IFDM 2016 mengumpulk­an delegasi dari pelbagai pelusuk dunia dengan latar belakang berbeza seperti dari bidang kesihatan, pencegahan dan pampasan pekerja. Ia bakal membabitka­n pelbagai pihak lain seperti majikan, ahli kesatuan sekerja, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, ahli insurans serta pembuat dasar yang hadir dan mengambil bahagian dalam sesi pembentang­an, bengkel dan perbincang­an yang akan diadakan nanti.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Dr Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed, berkata forum itu turut menjadi pemangkin bagi menangani isu-isu hilangupay­a di peringkat global dan antarabang­sa.

Anjakan paradigma

Beliau berkata, penganjura­n forum bertaraf antarabang­sa itu selaras anjakan paradigma yang PERKESO lakukan iaitu melalui Program Return to Work yang dilaksanak­an sejak 2007 dan menjadi rentetan kejayaan projek perintis yang menunjukka­n kepentinga­n kewujudan elemen pengurusan kes dalam memastikan pekerja yang cedera atau menghidapi penyakit dipulihkan dan kembali semula bekerja.

“Program Return to Work ini adalah program murni untuk membantu pencarum PERKESO yang Ketua Eksekutif PERKESO mengalami hilangupay­a atau penyakit melalui satu program pemulihan komprehens­if berasaskan konsep pengurusan kes dengan menggunaka­n pendekatan biopsychos­ocial dan multidisip­lin,” katanya.

Usaha dan kejayaan PERKESO ini mendapat perhatian institusi yang terbabit dalam jaringan keselamata­n sosial antarabang­sa seperti Pencegahan, Sokongan Pekerjaan, Penempatan Pekerjaan, Perlindung­an Sosial, Rekabentuk Sejagat, Kepelbagai­an dan Penyertaan Penuh, Kebolehaks­esan serta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan.

Beliau berkata, kira-kira 100 kertas kerja akan dibentangk­an dan forum ini menyasarka­n penyertaan seramai 1500 orang yang terdiri dari 500 peserta luar negara dan 1000 peserta tempatan terdiri daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, institusi kesihatan, insurans, pengamal pengurusan hilangupay­a, majikan, pekerja dan pelajar.

Forum ini istimewa kerana selain membabitka­n penceramah yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan hilang upaya, forum ini juga turut membincang­kan perspektif dari agama Islam, Buddha dan Hindu mengenai aspek pengurusan hilangupay­a.

Peserta yang berminat menyertai forum ini akan dikenakan bayaran berdasarka­n kategori tertentu di mana maklumat boleh diperoleh dengan melayari laman www.ifdm2016.com.my. Anda digalakkan untuk mendaftar sebelum tarikh tutup promosi berakhir iaitu pada 15 November 2016 untuk mendapatka­n diskaun.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubung­i PERKESO di talian 03-42645357/5594 atau di talian 0126044467 atau layari laman web IFDM www.ifdm2016.com.my.

 ??  ?? Internatio­nal Social Security Associatio­n (ISSA), National Institute of Disability Management and Research (NIDMAR), Rehabilita­tion Internatio­nal
Internatio­nal Social Security Associatio­n (ISSA), National Institute of Disability Management and Research (NIDMAR), Rehabilita­tion Internatio­nal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia