Berita Harian

Buka ruang perkongsia­n maklumat

Latihan bersama akan dilakukan untuk memahami muka bumi

-

Keizinan Filipina untuk pihak berkuasa Malaysia memasuki perairan negara itu bagi memburu penjenayah, dengan sendirinya membuka ruang perkongsia­n maklumat lebih besar, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkembang­an itu meleraikan kekangan dihadapi selama ini apabila operasi memburu dalang kes penculikan di Sabah hanya boleh dilakukan di perairan antarabang­sa.

“Operasi memburu penculik selama ini berdepan kesukaran apabila mereka memasuki perairan negara sendiri, terutama kawasan yang tidak berada dalam lingkungan maklumat kita.

Langkah positif

“Persetujua­n ini adalah langkah positif yang membuka ruang luas dari segi penguatkua­saan.

“Langkah seterusnya ialah melaksanak­an operasi dan latihan bersama supaya kita memahami muka bumi di kawasan operasi, terutama yang menjadi kawasan perlindung­an penculik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat kilang Airbus Defence and Space (Airbus DS), 50 kilometer (km) dari London, semalam.

Timbalan Perdana Menteri diberi penerangan dan taklimat operasi oleh Ketua Pembuatan, Pemasangan, Integrasi dan Ujian Airbus DS, Aidan Joy serta Pengarah Pembanguna­n Perniagaan (Angkasa) Airbus DS, Richard Peckham.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, diminta mengulas hasil pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, di ibu negara, semalam.

Filipina antara lain mengizinka­n pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia memasuki perairan negara itu bagi memburu penculik.

Berhubung sama ada Malaysia akan memohon kebenaran itu diperluas ke kawasan darat, Ahmad Zahid berkata, butirannya perlu dibincang kerana membabitka­n kedaulatan negara.

Beliau berkata, perbincang­an juga akan dilakukan bersama Filipina dan Indonesia berhubung tindakan menembak mati penjenayah rentas sempadan.

 ??  ??
 ??  ?? Ahmad Zahid mendengar taklimat Joy (tengah) dan Peckham (kanan) ketika melawat kilang Airbus Defence and Space (Airbus DS) di London, semalam.
Ahmad Zahid mendengar taklimat Joy (tengah) dan Peckham (kanan) ketika melawat kilang Airbus Defence and Space (Airbus DS) di London, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia