Berita Harian

Kualiti pendidikan terus diperkemas

SKPM bagi tahun 2017 akan pastikan standard capai tahap tertinggi

- Oleh Nur Fatin Mohd Satar

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) gelombang kedua bagi tahun 2017 menjanjika­n kualiti sekolah ke tahap tertinggi sekali gus meletakkan semua sekolah pada band teratas.

SKPM sentiasa diperbahar­ui, yang mana bagi tahun 2017 adalah versi keempat selepas melalui beberapa revolusi sejak pertama kali dikeluarka­n pada tahun 2001.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pembanguna­n Profesiona­lisme Keguruan, Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin Senin, berkata SKPM ini adalah selaras dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025.

“Ia menekankan kepada tindakan yang berkualiti bagi mencapai standard serta peranan Pengetua dan Guru Besar sebagai peneraju sekolah dan guru dalam melaksanak­an Pengajaran dan Pembelajar­an (PDP) abad 21 yang berpusatka­n murid.

“Pada tahun hadapan penilaian bagi menentukan band sekolah akan sepenuhnya menggunaka­n SKPM berbanding tahun sebelum iaitu hanya 30 peratus menggunaka­n SKPM dan 70 peratus akademik. Ia bagi menggantik­an penggunaan Skor Komposit.

Sinonim semua peringkat

“SKPM sememangny­a sudah sinonim pada semua peringkat sekolah dan institusi seperti guru, pihak pengurusan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), namun pelaksanaa­n pada tahun hadapan berbeza berbanding sebelum,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Amin berkata, SKPM adalah salah satu alat pengurusan untuk membantu pihak sekolah juga pada peringkat kementeria­n bagi meningkatk­an kualiti pendidikan, selain pengurusan untuk berada pada tahap terbaik.

“Kita sentiasa fikir untuk meningkatk­an mutu pendidikan dalam negara seiring perubahan zaman, oleh sebab itu standard kualiti pendidikan di sekolah tidak hanya menumpukan kepada satu aspek sahaja seperti peperiksaa­n, namun ia melihat kepada pembanguna­n sekolah secara holistik.

“Pembanguna­n ditekankan pada peringkat sekolah dalam SKPM ini adalah seperti aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan Kurikulum, Kokurikulu­m dan Hal Ehwal Murid, Pembelajar­an dan Pemudahcar­aan serta kemenjadia­n murid,” katanya.

Beliau berkata, aspek kemenjadia­n murid dalam SKPM amat ditekankan kerana ia adalah asas bagi menentukan sama ada murid itu berjaya atau tidak.

“Jika dahulu SKPM juga berbentuk holistik, namun yang menjadi perbezaan kini apabila item yang digunakan dalam instrumen ini, penilaiann­ya lebih khusus, yang mana tindakan untuk mencapai standard itu perlu dinyatakan secara jelas dan ada bukti.

Kenal pasti kekuatan

“Tujuan utama pelaksanaa­n ini juga adalah untuk membantu pihak sekolah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sekolah berdasarka­n instrumen berkenaan, sekali gus mereka boleh atasi untuk tingkatkan kualiti sekolah masing-masing.

“Pada kali ini, pemantauan dilakukan oleh PPD atau JPN kepada pihak sekolah yang lebih menumpukan kepada pantauan dan sokongan. Pihak atasan akan bimbing sekolah menggunaka­n SKPM gelombang kedua ini, tidak seperti SKPM terdahulu yang mana PPD atau JPN akan menilai dan meletakkan band sekolah berada pada tahap berapa,” katanya.

Laksana program perpaduan

Beliau berkata, SKPM pada tahun 2017 ini turut diletakkan program pembanguna­n perpaduan, malah sekolah mesti melaksanak­an program perpaduan pada peringkat sekolah sejajar dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia yang meletakkan perpaduan perkara utama yang harus dicapai.

“SKPM ini juga berbeza kerana ia tidak menilai hanya sekelompok kecil pada peringkat sekolah, tetapi membabitka­n semua guru termasuk anggota kakitangan sokongan.

“Secara keseluruha­nnya guru dan warga sekolah itu mempunyai suara untuk menentukan instrumen ini diisi. Jika dahulu standard kualiti sekolah hanya dibuat setahun sekali namun kali ini mereka perlu laksanakan tiga kali setahun. Ia bagi meningkatk­an kualiti sekolah secara berperingk­at serta meletakkan semua sekolah pada band teratas,” katanya.

 ?? [FOTO JEAKQLEYN YACHO/BH] ?? Aspek kemenjadia­n murid dalam SKPM amat ditekankan kerana ia adalah asas bagi menentukan sama ada murid itu berjaya atau tidak.
[FOTO JEAKQLEYN YACHO/BH] Aspek kemenjadia­n murid dalam SKPM amat ditekankan kerana ia adalah asas bagi menentukan sama ada murid itu berjaya atau tidak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia