Berita Harian

Dasar luar AS di bawah Trump masih kabur

-

Kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) menjelang Januari tahun depan menimbulka­n persoalan berkisar kepada Perjanjian Perkongsia­n Trans-pasifik (TPPA).

Seperti juga TPPA, Trump menolak Perjanjian Perdaganga­n Bebas Amerika Tengah (CAFTA) dan Perjanjian Perdaganga­n Bebas Amerika Utara (NAFTA). Hal ini kerana TPPA dilihat kurang menguntung­kan sektor pengeluara­n AS dan Trump berkemungk­inan besar mempertimb­ang untuk semak semula perjanjian.

Namun, dengan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara mesra perdaganga­n, Trump berkemungk­inan meneruskan hubungan baik selaras dengan perjanjian perkongsia­n komprehens­if yang dimeterai pada 2014.

Apa pun, kemenangan Trump mengundang seribu persoalan mengenai hala tuju politik antarabang­sa dalam tempoh lima tahun akan datang. Sememangny­a, Trump bersikap ‘typical American’, bercakap lantang tanpa mempertimb­angkan sedalamnya sensitivit­i pihak lain.

Contohnya, isu Islam dan Muslim, Trump mencadangk­an pengharama­n kemasukan pendatang berketurun­an Islam dari negara berpotensi dipengaruh­i pengganas sehingga AS ‘kenal pasti masalah sebenarnya.’

Ucapan beliau ini mengundang kontrovers­i besar hingga mengakibat­kan imej ‘Islamophob­ia’ terpalit padanya. Imej beliau dalam kalangan warga Mexico juga merudum apabila berjanji membina tembok sempadan dengan Mexico dan menghantar pulang lebih 11 juta warga Mexico yang masuk secara haram di AS.

Analisis semula manifesto

Namun, manifesto dasar luar Trump wajar dianalisis untuk memahami prospek AS di bawah pentadbira­nnya, meliputi perspektif kempen AS di luar negara, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Asia Barat, Asia Timur, Eropah, dan juga hubungan dua hala As-malaysia.

Dalam aspek pembabitan atau campur tangan AS, Trump menggarisk­an dasar bertentang­an dengan Clinton. Clinton mengemukak­an manifesto untuk mengekalka­n reputasi AS sebagai ‘polis dunia’. Hal ini sama sekali berbeza dengan Trump mengambil pendirian kurang bersifat campur tangan dalam hal ehwal negara lain.

Trump sebaliknya memilih dasar bersifat dalaman seperti menurunkan cukai korporat, mengurangk­an hutang dan defisit, dan imigresen. Dalam isu NATO, Trump menganggap pertubuhan itu kini kurang relevan dan perlu ubah fokus daripada mengepung Russia. Trump dengan kerangka perniagaan beliau, bahkan akan membawa AS keluar daripada NATO sekiranya negara anggota lain tidak meningkatk­an komitmen perbelanja­an dalam NATO.

Mengenai rantau Asia Barat pula, khususnya dalam isu Palestinis­rael, Trump menganggap Israel sebagai sekutu terkuat AS di Asia Barat meskipun beliau berpendiri­an berkecuali dalam rundingan aman Palestin-israel. Maka tidak hairanlah apabila beliau menentang rundingan AS dan Iran dalam isu nuklear.

Dalam kes Iraq pula Trump berpendiri­an bahawa Bush melakukan kesilapan menyerang Iraq pada 2003 dan mengakibat­kan ketidaksta­bilan di Asia Barat pada hari ini. Malah, dalam kes Syria, Trump tidak menyokong usaha tumbangkan Bashar al-assad secara ketenteraa­n kerana langkah itu akan mengeruhka­n ketidaksta­bilan Asia Barat. Uniknya, Trump sebaliknya ingin memusnahka­n Daesh di Iraq dan Syria dengan kerjasama Russia dan Syria.

Kurangkan beban ketenteraa­n

Manifesto Trump untuk rantau Asia Timur tidak jauh bezanya dengan pendirian isolationi­st beliau di rantau Asia Barat. Trump cukup tegas menyelar tindakan manipulati­f mata wang China serta perjanjian perdaganga­n dianggap merugikan AS dan mahukan rundingan semula babitkan aspek perundanga­n hak cipta harta intelek dan subsidi eksport China.

Dalam aspek ketenteraa­n, Trump dalam hubungan dengan China lebih cenderung untuk bersikap pencegahan. Hal ini turut mempengaru­hi isu pakatan As-jepun-korea Selatan yang selama ini ‘mengepung’ China.

Trump juga cukup kritis dengan Kesatuan Eropah (EU) dan mengkritik kelemahan dasar pertahanan negara Eropah seperti Perancis dan Belgium, di samping menyokong Brexit.

Namun yang paling mencuri tumpuan ialah Peter Navarro, Profesor Ekonomi dan Dasar Awam yang pernah menerbitka­n dokumentar­i pada 2011 berjudul Death by China. Trump turut mengabaika­n veteran berpengala­man Republikan, sebaliknya cenderung memilih veteran tentera yang pernah berkhidmat di Pentagon.

Bagaimanap­un, Trump masih perlu berdepan Kongres yang majoritiny­a masih berpendiri­an agresif menentang China dan Russia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia