Berita Harian

‘Khuatir alam marah dengan tangan manusia tamak’

SAM bantah projek tambah risiko bencana alam di Pulau Pinang

- Oleh Siti Sofia Md Nasir

Sahabat Alam Malaysia (SAM) membantah sekeras-kerasnya projek pembanguna­n di Pulau Jerejak yang dikhuatiri menjejaska­n ekosistem perikanan dan alam semula jadi Pulau Pinang.

Presidenny­a, SM Mohamed Idris, berkata projek pembanguna­n semula Jerejak Rainforest Resort & Spa (JRRS) hanya akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar negeri ini, sekali gus menambah risiko bencana alam.

Khuatir bencana alam

“Cukuplah dengan banjir kilat yang kerap melanda Pulau Pinang. Jika ditambah dengan projek pembanguna­n Pulau Jerejak, kita khuatir alam akan ‘marah’ dengan tangan manusia yang tamak.

“SAM amat terkejut apabila mengetahui mengenai projek berkenaan dan kami mahu kerajaan negeri pertimbang­kan semula. Ambil iktibar daripada bencana alam sebelum ini,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

SM Mohamed berkata, kerajaan negeri juga perlu berbincang dengan Persatuan Nelayan Pulau Pinang dan mengambil kira pendapat golongan terbabit yang mungkin terjejas akibat projek berkenaan.

Laksana kajian DEIA

“Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) perlu dilaksanak­an terlebih dahulu bagi mengetahui kesan dan ancaman sebenar projek berkenaan terhadap alam sekitar.

“Kita mahu laporan DEIA dibentangk­an kepada awam bagi membolehka­n rakyat menilai sendiri apa manfaat projek mega sebegini selepas kami berhadapan pelbagai ancaman bencana alam ketika ini,” katanya.

Isnin lalu, Tropical Island Resort Sdn Bhd dilaporkan memeterai perjanjian bersama Q Island Developmen­t Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Kumpulan Ideal Property bagi membangunk­an semula JRRS.

 ?? [FOTO RAMDZAN MASIAM/BH] ?? Pintu masuk ke Jeti Pulau Jerejak di Persiaran Bayan Indah ditutup sejak Mei lalu.
[FOTO RAMDZAN MASIAM/BH] Pintu masuk ke Jeti Pulau Jerejak di Persiaran Bayan Indah ditutup sejak Mei lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia