Berita Harian

Cadangan boleh lenyapkan satu lagi kawasan hijau

-

Georgetown: Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak memberi penjelasan berhubung laporan membangunk­an taman tema hiburan, hotel serta kediaman mewah di Pulau Jerejak.

Jika dilaksanak­an, pembanguna­n itu akan menyaksika­n satu lagi kawasan hijau akan lenyap, walaupun ia dicadang diwartakan sebagai hutan simpan kekal sejak lapan tahun lalu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, berkata dua syarikat pemaju dilapor sudah mengumumka­n kerjasama bagi membangunk­an semula Jerejak Rainforest Resort & Spa (JRRS) yang ditutup pada Mei lalu.

“Ketika mula memerintah negeri ini pada 2008, DAP bersungguh-sungguh mahu mewartakan Pulau Jerejak sebagai hutan simpan kekal, kononnya kerana sayangkan alam sekitar. Namun, kini mereka yang luluskan pembanguna­n pulau itu.

Status Pulau Jerejak tergantung

“Selama lapan tahun kita tunggu Pulau Jerejak diwartakan sebagai hutan simpan kekal, sekarang lain pula yang jadi. Status Pulau Jerejak terus tergantung,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Chang Yeow yang juga bekas EXCO Pembanguna­n Pelanconga­n dan Alam Sekitar ketika Pulau Pinang ditadbir BN, berkata kerajaan negeri di bawah BN hanya memberi tempoh pajakan selama 60 tahun mulai 2003 kepada JRRS bagi menguruska­n pulau itu.

“Jika kerajaan DAP Pulau Pinang mahu bina kediaman mewah, hotel dan taman tema di Pulau Jerejak, adakah mereka mahu ubah dasar pemilikan tanah di situ menjadi hak milik bebas? Adakah akan menyebabka­n kerajaan negeri hilang hak ke atas pulau berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia