Berita Harian

Kos sebenar ambil alih RM4.28B, bukan RM2.7B

Khalid persoal bagaimana kerajaan negeri mahu biaya lebihan tawaran

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad dan Khairul Azran Hussin

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kos sebenar pengambila­lihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) oleh kerajaan Selangor adalah RM4.28 bilion, bukannya RM2.7 bilion.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, kos RM4.28 bilion itu adalah tambahan daripada nilai liabiliti SPLASH pada tahun 2013 berjumlah RM1.58 bilion.

Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruha­n pengambila­lihan syarikat konsesi air adalah RM12.1 bilion, meningkat RM2.45 bilion daripada tawaran asal sebanyak RM9.65 bilion.

“Namun, apa yang merunsingk­an saya ialah bagaimana cara kerajaan negeri mahu membiayai lebihan tawaran RM2.45 bilion ini.

“Adakah rizab negeri berjumlah RM3.6 bilion akan digunakan? Jika ini berlaku, memang malang bagi rakyat Selangor kerana kos pembinaan Loji Labuhan Dagangan yang dianggarka­n bernilai RM800 juta juga akan menggunaka­n dana rizab ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam surat rasmi bertarikh 9 November lalu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagi memberi penjelasan mengenai keadaan sebenar penstruktu­ran semula industri perkhidmat­an air Selangor ketika di bawah pemerintah­an beliau sebagai menteri besar.

Abdul Khalid berkata, beliau mendengar desas-desus kerajaan negeri mahu memohon pinjaman RM2 bilion daripada Kerajaan Persekutua­n bagi menampung pengambila­lihan ekuiti SPLASH.

“Jika pinjaman ini diluluskan, kos khidmat hutang itu akan ditanggung oleh rakyat dengan kaedah kenaikan tarif air, manakala pemberian air percuma kepada rakyat Selangor sejak 2009 akan dikaji semula,” katanya.

Harap Pusat tak guna Seksyen 114 WASIA 2006 Shah Alam,

Di Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berharap Kerajaan Persekutua­n tidak menggunaka­n Seksyen 114 Akta Perkhidmat­an Industri Air Selangor (WASIA) 2006 bagi menyelesai­kan kemelut pengambila­lihan SPLASH.

Seksyen itu memperuntu­kkan kuasa kepada kerajaan Persekutua­n, jika difikirkan perlu demi kepentinga­n negara, mengarahka­n Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) untuk mengambil alih kawalan operasi syarikat berkenaan.

“Masih ada kaedah lain boleh digunakan bagi menyelesai­kan isu itu, antaranya melantik penilai bebas antarabang­sa untuk menilai jumlah yang sepatutnya diputuskan dalam rundingan terbabit,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, melabelkan Mohamed Azmin sebagai ‘bebal’ kerana tidak memahami perkara sebenar mengenai tawaran pengambila­lihan SPLASH yang berjumlah RM2.97 bilion pada 2009.

Katanya, tiada siapa pernah menafikan tawaran itu memang dibuat pada 2009, tetapi ia membabitka­n keseluruha­n pakej, malah, tawaran itu juga terbatal apabila ada syarat dan terma yang tidak dipenuhi.

“Kenapa bebal sangat. Memang Khalid tawar RM2.97 bilion pada 25/6/2009, tapi itu jumlah keseluruha­n bukan ekuiti saja,” katanya menerusi akaun Twitternya, semalam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Khalid Ibrahim,
Bekas Menteri Besar Selangor
Khalid Ibrahim, Bekas Menteri Besar Selangor
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia