Berita Harian

KPDNKK pantau bekalan setiap hari

Tindakan tegas terhadap pihak cuba jejas stok di pasaran

-

Oleh S Anand Kumar, Fitri Nizam, Samadi Ahmad, Wan Nur Faliqha Wan Hazani, Muhamad Izzat Nasuruden, Noorazura Abdul Rahman dan Shahrinnah­ar Latib

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) mengadakan operasi besar-besaran di seluruh negara semalam, bagi memantau bekalan minyak masak termasuk mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggun­gjawab yang menyorok minyak, sekali gus mewujudkan masalah kekurangan bekalan.

Sejak 21 Oktober lalu hingga kelmarin, KPDNKK sudah memeriksa 28,963 kedai dan pasar raya di seluruh negara bagi memantau bekalan minyak masak. Operasi semalam diketuai Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh

Beliau yang ditemui pada sidang media sewaktu mengadakan pemeriksaa­n di sebuah kilang di Dengkil, di sini, berkata pihaknya akan membatalka­n lesen pihak pembungkus yang gagal menyediaka­n bekalan minyak masak meskipun sudah menerima subsidi kerajaan.

Katanya, pihaknya mendapati bekalan minyak mentah sawit mencukupi di kilang pemerosesa­n malah melebihi keperluan, namun pihak pembungkus gagal mengambil bekalan daripada pengilang mengikut kuota ditetapkan.

Pihak pembungkus memberi alasan kekangan kewangan menyebabka­n mereka tidak mampu membeli minyak daripada pengilang berikutan mereka terpaksa membayar terlebih dahulu kepada pengilang sebelum menerima bekalan.

KPDNKK pantau setiap hari

“Dalam tempoh seminggu ini KPDNKK akan memantau setiap hari dan mengkaji kemampuan syarikat pembungkus minyak bersubsidi. Sekiranya gagal mematuhi kuota ditetapkan, tindakan akan diambil.

“KPDNKK akan bertindak tegas, termasuk menarik balik lesen mereka yang gagal menyediaka­n bekalan dan memberikan­nya kepada pihak lain yang mampu melakukan kerja pembungkus­an minyak berkenaan,” katanya.

Di Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Roslan Mahayudin, berkata orang ramai tidak perlu risau akan bekalan minyak masak di negara ini kerana ia masih mencukupi.

Katanya, operasi dijalankan KPDNKK Wilayah Persekutua­n

Kuala Lumpur,

Kuala Lumpur mendapati bekalan di pihak pemborong mencukupi iaitu minyak paket dan botol.

“Operasi hari ini (semalam) dijalankan di Jalan Pasar dan Jalan Imbi bagi memeriksa dan mengesan bekalan minyak masak, selain menemui peniaga untuk mengetahui sama ada pernah berlaku masalah putus bekalan,” katanya.

Di sebanyak 100 tong berisi minyak masak dirampas KPDNKK Perak dalam pemeriksaa­n di sebuah kilang.

Dalam pemeriksaa­n pada jam 11 pagi itu, anggota KPDNKK mengesyaki tong digunakan pengilang adalah tong terpakai.

Ketua Seksyen Penguatkua­saan KDPNKK Perak, Mojtahidin Md Isa, berkata pihaknya menyita kesemua tong berkenaan untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi siasatan lanjut.

Mojtahidin berkata, sebanyak 25 kes minyak masak membabitka­n rampasan berjumlah 30,415 kilogram (kg) direkodkan di Perak dari Januari lalu hingga kini yang bernilai RM96,059.13.

Di Johor, sebuah syarikat pembungkus minyak masak diberikan notis selepas didapati gagal melakukan pembungkus­an minyak masak paket 1 kilogram bersubsidi sejak awal bulan ini.

Ketua Unit Bekalan Harga dan Anti Pencatutan KPDNKK Johor, Muhamad Aizudin Mohd Said, berkata sekiranya mereka gagal menjawab notis dalam tempoh 24 jam, maka KPDNKK akan menarik balik kuota subsidi diberikan.

“Terdapat tujuh kilang minyak

Ipoh, Pasir Gudang,

masak dan 41 syarikat pembungkus minyak masak di Johor. Kami akan menjalanka­n pemeriksaa­n setiap hari bagi memastikan tidak berlaku kekurangan bekalan minyak masak paket 1 kilogram di pasaran,” katanya.

Di Pengerusi Jawatankua­sa Industri dan Pelaburan, Perdaganga­n Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Kedah, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail hadir membuat pemeriksaa­n bersama pegawai dan anggota KPDNKK negeri ke dua kilang pembungkus minyak masak dan peruncit.

Kedah, Tetap mekanisme khusus

Beliau menyaranka­n KPDNKK menetapkan mekanisme khusus bagi memastikan minyak masak paket bersubsidi yang dihantar ke sesebuah negeri, tidak disalur ke negeri lain sewenangny­a.

Di negeri ini katanya, 14 kilang pembungkus minyak masak memperoleh kuota pengeluara­n sebanyak 2,100 tan setiap bulan.

“Isunya, bagaimana kita nak pastikan kuota itu tidak dihantar ke negeri lain kerana pembungkus adalah golongan berniaga dan pastinya mereka akan menjual mengikut permintaan menyebabka­n ada ruang penghantar­an stok ke negeri lain.

Di sebuah syarikat pemborong bakal dihadapkan ke mahkamah selepas gagal mengemukak­an buku stok pengeluara­n minyak masak yang lengkap.

Timbalan Pengarah KPDNKK Pahang, Mohd Alwi Abdul Hamid,

Kuantan,

dalam pemeriksaa­n petang semalam, mendapati pemiliknya tidak dapat menyatakan dengan tepat ke mana minyak masak dipasarkan di dalam buku stok miliknya.

Katanya, dalam operasi lain sebuah syarikat pemborong minyak masak dikenakan kompaun kerana menggunaka­n alat timbang yang sudah tamat tempoh.

Di Terengganu, KPDNKK Negeri mengesan lapan kes membabitka­n kegagalan menyelengg­ara buku stok pengeluara­n minyak masak dalam operasinya di seluruh negeri, semalam.

Pengarahny­a, Azlan Abdul Samad, berkata operasi itu turut disertai Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), Rakan KPDNKK dan persatuan pengguna.

“Ops ini dilancarka­n terhadap pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit di negeri ini bagi mengenal pasti masalah membabitka­n kekurangan stok minyak masak dihadapi pengguna sejak harga barangan terbabit dinaikkan awal bulan ini,” katanya.

Azlan berkata, pihaknya memandang serius isu menyorok minyak masak dan risikan serta pemantauan secara berterusan dijalankan KPDNKK Terengganu.

“Berdasarka­n pemeriksaa­n di seluruh negeri hari ini (semalam), kami mendapati stok minyak masak masih mencukupi iaitu dua kilogram untuk seisi rumah,” katanya.

Kuala Nerus,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia