Berita Harian

Kawalan zon bebas cukai akan diperketat

-

Bukit Kayu Hitam: Polis Kedah mahu menghapusk­an jolokan 'no man's land' atau tanah tidak bertuan yang diberikan penjenayah, khususnya penyeludup kepada kawasan Kompleks Bebas Cukai, di sini.

Ketuanya, Datuk Mohd Asri Yusoff, berkata status itu memberi gambaran seolah-olah kawasan itu ‘kebal’ daripada tindakan penguatkua­saan, sekali gus menyebabka­n lokasi di sempadan Malaysia-thailand itu menjadi laluan pilihan penyeludup.

Mengakui banyak perkara berkaitan kawasan bebas cukai itu bermasalah, beliau berkata, langkah tertentu perlu diambil segera untuk memastikan kawalan keselamata­n sempadan di kawasan berkenaan yang juga sebahagian jajaran Malaysia-thailand sentiasa mantap dan kemas.

“Kami tengok dalam kawasan ini banyak masalah dan ia (kawalan keselamata­n) cukup longgar. Mereka (penyeludup) masuk dari sebelah sana (negara jiran) tanpa pasport dan boleh lolos ke negara ini dengan mudah.

“Ini semua sebab ada sempadan seperti ini (sempadan longgar). Mereka (penyeludup) gelar kawasan ini seolah-olah ‘no mans land’, sedangkan sebenarnya tak ada istilah itu. Siapa buat silap dan salah, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup bersama pelbagai agensi penguatkua­saan berkaitan isu di sempadan Malaysia-thailand, sebelum turun padang meninjau sendiri aspek keselamata­n dan penguatkua­saan di sekitar kawasan terbabit.

Antaranya, termasuk kawalan pemeriksaa­n di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS), selain keadaan zon bebas cukai dan ladang kelapa sawit di sekitar Kelab Golf Blackfores­t yang menjadi laluan penyeludup­an.

Mengulas lawatannya, Mohd Asri mengakui tidak begitu selesa dengan keadaan kawalan keselamata­n kerana risiko sempadan negara di kawasan terbabit dibolosi begitu mudah, malah penjenayah bebas bergerak ke manamana sebaik melepasi sempadan.

“Beberapa kelemahan dikenal pasti melalui mesyuarat itu, beberapa lokasi diakui agak rapuh dalam soal keselamata­n, namun kebanyakan isu yang timbul sudah ditangani. Kita akan adakan mesyuarat kedua untuk tengok secara keseluruha­n supaya keadaan sempadan bertambah baik.

“Apa yang penting perlukan langkah penyelesai­an kepada masalah yang dikenal pasti dan insyaallah tahun depan kita akan mulakan. Kompleks ICQS baharu akan dibina dan dijangka siap dua tahun lagi dan kita percaya ia akan bantu kurangkan risiko penyeludup­an dadah, senjata api serta penyusupan manusia,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia