Berita Harian

Pandikar Amin mahu Dr Mahathir minta maaf

Mansuhkan Akta Perkhidmat­an Parlimen 1963 pada tahun 1992

-

Laporan Nazura Ngah, Haryani Ngah dan Ahmad Suhael Adnan

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed meminta maaf kerana memansuhka­n Akta Perkhidmat­an Parlimen 1963 pada tahun 1992.

Katanya, akta itu sangat penting dalam mana-mana Parlimen di dunia kerana antara lain mengasingk­an kuasa eksekutif, perundanga­n dan Parlimen.

“Pada perjumpaan dengan kumpulan ahli Parlimen pembangkan­g, mereka membentang resolusi berhubung kebebasan bersuara, demokrasi dan memartabat­kan Dewan Rakyat.

“Kenapa beliau tidak sebut mengenai akta ini yang sangat penting dalam mana-mana Parlimen di dunia kerana antara lain mengasingk­an kuasa eksekutif, perundanga­n dan Parlimen.

Sangkal dakwaan Parlimen tak demokrasi

“Sepatutnya, perkara ini yang dibentangk­an dalam resolusi,” katanya pada sidang media di Parlimen, semalam.

Pandikar Amin turut menyangkal dakwaan Dr Mahathir bahawa Parlimen tidak lagi demokrasi sebagaiman­a ketika zaman beliau menjadi Perdana Menteri.

Katanya, media sendiri dapat lihat bagaimana perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat setiap hari dan boleh menilainya.

“Anda (media) dapat lihat ketika Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berhujah dalam masa 30 minit yang diberikan, tiada gangguan yang diterima daripada saya dan timbalan.

“Jika ahli mengikut peraturan mesyuarat, mereka tiada masalah untuk berhujah tetapi kalau tidak ikut arahan, Speaker akan suruh berhenti atau akan diganggu oleh ahli Parlimen lain” katanya.

Pandikar Amin kemudian menyingkap kembali peristiwa pada tahun 1998 mengenai satu usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen daripada DAP, Lim Kit Siang berhubung kerugian Perwaja Steel Sdn Bhd berjumlah RM10 bilion.

Katanya, usul itu ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika itu, Tun Dr Mohamed Zahir Ismail dan ia berlaku pada zaman Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

"Saya yakin perkara ini turut diingati oleh Kit Siang yang membuat usul itu di Dewan Rakyat,” katanya.

Selasa lalu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), hadir ke Parlimen bagi menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak dan kekebalan ahli Parlimen yang turut dihadiri barisan pemimpin dan anggota Parlimen pembangkan­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia