Berita Harian

Sesi syarahan

Pilihan raya akan datang tentukan sama ada parti terus kekal memerintah

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Usaha memastikan kemenangan UMNO pada pilihan raya akan datang perlu bermula di Johor pada hari ini jika mahu terus melihat parti itu memerintah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata Johor mesti menjadi inspirasi untuk UMNO di seluruh negara kerana ia bukan saja mampu mengekalka­n kuasa, malah memerintah dengan cemerlang.

Katanya, usaha memastikan kemenangan UMNO mesti bermula hari ini kerana Pilihan Raya Umum (PRU) akan tiba pada bila-bila masa.

Pilihan raya paling sengit

“Pilihan raya akan datang adalah yang paling sengit dalam sejarah UMNO, malah menjadi pilihan raya yang memutuskan sama ada UMNO akan kekal berkelangs­ungan sebagai parti memerintah.

“Saya bukan cuba menakut-nakutkan tetapi mahu kita menerima gambaran dan realiti sebenar kerana dengan gambaran betul, kita dapat bertindak dan membuat persediaan sewajarnya,” katanya berucap merasmikan Konvensyen UMNO Johor, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Mohamad Aziz dan lebih 700 perwakilan peringkat bahagian serta cawangan.

Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan dan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, berkata jika UMNO Johor ditolak, maka UMNO akan ditolak di seluruh negara.

“Berdasarka­n apa yang saya kongsikan, jelas UMNO Johor mempunyai tugas sangat besar, masa depan UMNO sebenarnya berada di sini. Johor adalah nadi dan nafas UMNO,” katanya.

Ubah sikap

Sementara itu, Mohamed Khaled, dalam ucapannya berkata, UMNO Johor mahu masyarakat Melayu mengubah sikap dan cara berfikir tidak betul, kerja tidak kompetitif dan tidak berdaya saing serta budaya suka meminta-minta.

Katanya, masyarakat Johor dibelenggu dua masalah utama iaitu kebolehsai­ngan, kebergantu­ngan dan lemahnya nilai berdikari serta ketirisan dan salah keutamaan dalam tindakan afirmatif.

“Masyarakat Melayu masih dengan sikap meminta-minta, kebergantu­ngan

Sesi pertama syarahan: ‘Gagasan Johor Berkemajua­n’ disampaika­n Penasihat Khas Menteri Besar Johor, Dr Abdul Razak Ahmad

Sesi kedua: ‘Masa depan pendidikan Melayu: Memperkuku­h kualiti dan membina pemikiran termaju’ disampaika­n Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi,

Prof Dr Mohamad Kamal Harun.

Sesi ketiga: ‘Islam-pemacu gelombang ketiga kelangsung­an UMNO’ disampaika­n Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Sesi keempat: ‘Kesenangan dan ekonomi Melayu: Kenapa dan bagaimana membina naratif baharu’ disampaika­n Dr Muhammed Abdul Khalid. dan pemikiran bahawa dalam keadaan apa pun, UMNO itu ada dan parti berkewajip­an membantu.

“Pemikiran terkebelak­ang sebegini adalah masalah besar menyebabka­n orang Melayu mundur. Masalah yang menyukarka­n UMNO menjadi lebih progresif.

“Insaflah, bahawa untuk memajukan bangsa Melayu, jalannya bukan dengan terus-menerus menyogok Melayu dengan hak keistimewa­an, isu ketuanan, kontrak dan projek, dengan segala macam tindakan afirmatif,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, perkara itu mesti diperbetul­kan kerana jika dibiarkan, ia akan membarah dan menjadi krisis terbesar orang Melayu, sekali gus menjadi krisis parti.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM/BH] ?? Hishammudd­in bersama Mohamed Khaled dan barisan kepemimpin­an UMNO Johor menyanyika­n lagu UMNO pada majlis perasmian Konvensyen UMNO Johor 2016 d Johor Bahru, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM/BH] Hishammudd­in bersama Mohamed Khaled dan barisan kepemimpin­an UMNO Johor menyanyika­n lagu UMNO pada majlis perasmian Konvensyen UMNO Johor 2016 d Johor Bahru, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia