Berita Harian

Bawa resolusi perkasa pendidikan, ekonomi

-

Johor Bahru: Satu resolusi inklusif menekankan aspek ekonomi dan pendidikan akan diusulkan UMNO Johor untuk dibawa ke Perhimpuna­n Agung yang dijadual berlangsun­g pada 29 November ini.

Setiausaha Badan Perhubunga­n UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday, berkata resolusi itu dijangka akan dicapai sepanjang dua hari Konvensyen UMNO Johor yang berlangsun­g bermula semalam.

Katanya, antara agenda diberi keutamaan untuk diusulkan dalam resolusi itu termasuk berkaitan ekonomi dan pendidikan yang boleh membawa UMNO terus ke hadapan.

Usah terperangk­ap isu negatif

“Saya harap 700 perwakilan yang hadir sepanjang dua hari konvensyen ini tidak terperangk­ap dengan isu negatif yang menjadikan kita (UMNO) lemah.

“Kita banyak faktor baik dan positif yang seharusnya dibincangk­an bagi memperkuku­hkan parti sepanjang konvensyen ini, tetapi jika kita terus membincang­kan perkara negatif ia tidak menyelesai­kan masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui BH selepas menyampaik­an ucapan pada hari pertama Konvensyen UMNO Johor di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata sikap dan rasa setia kepada pemimpin yang ditunjukka­n akar umbi secara tidak langsung menyokong kepada institusi parti yang menjadi tunjang kekuatan UMNO.

“Bersatu dan bersetia sudah menjadi asas dan tiang seri parti. Kita setia bukan pada individu tetapi (kepada) institusi kepemimpin­an parti kerana ia adalah tunjang pada kekuatan UMNO,” katanya.

Penasihat Khas Menteri Besar Johor, Dr Abdul Razak Ahmad, berkata Gagasan Johor Berkemajua­n harus di dokong semua peringkat dalam usaha memastikan pembanguna­n yang berlaku dalam negeri itu seiring dengan anjakan sosial dalam masyarakat.

“Cita-cita kita untuk melahirkan masyarakat yang terbaik bukan hanya menjadi negara maju tetapi juga masyarakat yang maju dengan sistem nilai maju dan melihat ke depan menuju ke peringkat global,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia