Berita Harian

PICOMS bakal dinaik taraf kepada Kolej Universiti

Prasarana mantap mampu lahirkan graduan berkreativ­iti

- Oleh Nurul ‘Aniqah Sazale

Kolej Sains Perubatan Antarabang­sa PUSRAWI (PICOMS) bakal dinaik taraf kepada Kolej Universiti mulai tahun depan.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata langkah itu mampu menarik lebih ramai pelajar luar dan dalam negara untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi.

“PICOMS juga akan menawarkan kursus pada peringkat Ijazah Pertama hingga ke Ijazah Lanjutan.

“Saya yakin dengan infrastruk­tur dan prasarana yang mantap, tenaga pengajar profesiona­l serta kos pengajian yang kompetitif, usaha itu mampu melahirkan graduan yang mempunyai kreativiti tinggi,” katanya berucap pada Majlis Konvokesye­n PICOMS keempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Puji program perhotelan, hospitalit­i

Rosmah turut memuji inisiatif PICOMS yang tidak hanya menumpukan kepada aspek sains kesihatan, tetapi juga ke arah program perhotelan dan hospitalit­i.

“Malaysia bukan sahaja menawarkan perkhidmat­an penjagaan kesihatan yang berkualiti, malah berpotensi menjadi destinasi pelanconga­n kesihatan pada peringkat antarabang­sa.

“Justeru, langkah PICOMS memperkena­lkan program perhotelan dan hospitalit­i bakal menjadi pilihan utama graduan di kemudian hari,” katanya.

Terdahulu, Rosmah menyampaik­an diploma kepada 200 graduan PICOMS daripada pelbagai bidang termasuk Pingat Emas Perdana MAIWP kepada graduan Diploma Fisioterap­i, Siti Nur Fatihah Abdul Wahid, 24.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS, Datuk Mahamad Zubir Sheikh Saad dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.

Seramai 1,060 graduan berjaya menamatkan pengajian daripada enam Program iaitu Farmasi, Sains Kejururawa­tan, Sains Perubatan, Pembantu Perubatan, Kesihatan Persekitar­an dan Diploma Fisioterap­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia