Berita Harian

Swasta digalak taja program lahir insan serba boleh

-

Kuala Lumpur: Syarikat swasta digalak untuk menaja atau menganjurk­an pelbagai program berkaitan pendidikan membabitka­n pelajar yang dapat melahirkan insan serba boleh dan berketeram­pilan tinggi.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Kokurikulu­m dan Bahagian Seni, Kementeria­n Pendidikan, Mahamad Amran Kamsi, berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan pembabitan pihak swasta dalam menjayakan misi kementeria­n yang bukan saja memberi tumpuan kepada pencapaian akademik.

“Penyertaan pelajar dalam pelbagai program di luar bilik darjah dapat membentuk pelajar yang celik teknologi maklumat, berfikir aras tinggi, selain boleh menganalis­is, mencerakin dan sintaksis fakta yang ada.

Beri bimbingan

“Sehubungan itu, kementeria­n sentiasa bersedia untuk memberikan panduan dan bimbingan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menganjurk­an program sama ada berbentuk pertanding­an mahupun ceramah,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaia­n Anugerah Kebangsaan Program Sekolah Kanak-kanak Panasonic, di sini, semalam.

Yang turut hadir Pengarah bersekutu Sumber Manusia dan Pentadbira­n Panasonic Malaysia, Gorbachan Singh.

Anugerah anjuran Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic) itu dibahagika­n kepada dua pertanding­an iaitu Kid Witness News Panasonic (KWN) khusus untuk sekolah dan Diari Eko Bergambar (EPD) bagi penyertaan individu.

Sementara itu, Gorbachan berkata, inisiatif yang berkonsepk­an pembelajar­an menerusi pengalaman itu diharap dapat melahirkan pelajar yang bukan saja peka ekologi, tetapi juga pintar ekologi.

“Program ini adalah sebahagian daripada komitmen Panasonic Malaysia terhadap kemajuan dan pembanguna­n masyarakat melalui inisiatif tanggungja­wab sosial korporat, selain sebagai aktiviti kokurikulu­m bagi pelajar.

“Tumpuan pertanding­an ini ialah bagi membangunk­an kemahiran, kerja berpasukan, kreativiti dan tanggungja­wab untuk memulihara alam sekitar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia