Berita Harian

PEMENANG desak bangun tanah wakaf

Penanda aras kelangsung­an orang Melayu Pulau Pinang kekal diami kawasan bandar

- Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

Masyarakat Melayu Pulau Pinang akan terus terpinggir sekiranya usaha agresif membangunk­an tanah wakaf di negeri ini tidak dimulakan dari sekarang.

Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Tan Sri Mohd Yussof Latiff, berkata kegagalan menguruska­n kira-kira 14 hektar tanah wakaf sekitar bandar raya ini satu kerugian kepada orang Melayu kerana kebanyakan kawasan itu terletak di lokasi strategik dan bernilai tinggi.

Beliau berkata, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) perlu bertindak lebih agresif bagi merealisas­ikan usaha berkenaan dan mencari jalan bagaimana pembanguna­n itu dapat dijayakan, terutama dalam situasi kehidupan yang begitu mencabar bagi penduduk di Pulau Pinang.

“Sekian lama kita memperjuan­gkan isu pembanguna­n tanah wakaf khususnya di bandar raya ini. Ini kerana ia boleh dijadikan penanda aras kelangsung­an orang Melayu untuk terus mendiami kawasan bandar di Pulau Pinang.

“Antara kekangan untuk membangunk­an tanah wakaf termasuk kegagalan mendapatka­n persetujua­n penduduk yang mendiami kawasan berkenaan kerana bimbang diusir, selain pengaruh ‘anasir luar’ yang menggagalk­an usaha berkenaan,” katanya.

Elak pentingkan diri

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an ‘Syarahan Datuk Jenaton, Kehidupan Melayu di Tanjong Zaman Sebelum Kemerdekaa­n’ di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Mohd Yussof berkata, penduduk yang mendiami tanah wakaf juga harus sedar dan tidak boleh bersikap pentingkan diri demi memastikan lebih ramai orang Melayu dapat terus kekal dan tidak berhijrah meninggalk­an negeri ini.

Beliau memberi contoh, tanah wakaf di Kampung Mekam yang terletak kira-kira empat kilometer dari pusat bandar ketika ini hanya didiami 100 keluarga Melayu, sedangkan jika dirancang dengan teliti, kawasan itu boleh menempatka­n lebih ramai penduduk.

“Jumlah pembanguna­n tanah wakaf masih kecil, tidak menyeluruh serta tidak mampu ubah landskap kehidupan orang Melayu di Pulau Pinang. Disebabkan itu saya berharap projek pembanguna­n Tanah Wakaf Shaik Eusoff di sini dapat direalisas­i, dijadikan perintis kepada kawasan wakaf lain di negeri ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia