Berita Harian

Percikan api sambar saluran oksigen di katil pesakit

Tindakan pantas kakitangan HRPB elak kejadian lebih buruk

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin dan Farah Suhaidah Othman

Kebakaran kecil akibat percikan api yang menyambar gas disebabkan kebocoran saluran oksigen pada panel di bahagian hujung satu katil pesakit di Wad 5B, Tingkat 4, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, malam kelmarin, mencetuska­n panik hingga memaksa wad itu dikosongka­n atas faktor keselamata­n.

Dalam kejadian pada jam 11.17 malam itu, semua 43 pesakit wad itu terpaksa dipindahka­n ke wad berhampira­n. Tindakan pantas petugas dan kakitangan hospital segera memadamkan kebakaran kecil yang berlaku dengan menggunaka­n alat pemadam api menyelamat­kan kejadian daripada kemungkina­n lebih buruk.

Litar pintas

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kebakaran kecil itu dipercayai berpunca daripada litar pintas pendawaian lama.

“Pada masa itu ada 43 pesakit lelaki. Pesakit dan kakitangan semua selamat. Pihak hospital sudah memindahka­n semua pesakit ke wad lain manakala siasatan keselamata­n dan pendawaian dijalankan serta-merta,” katanya ketika mengesahka­n kejadian menerusi Facebookny­a, semalam.

Di Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie, berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) sudah menjalanka­n audit pada 2013 dan mencadangk­an supaya dilakukan pendawaian semula sistem bekalan elektrik di HRPB.

“Sebenarnya pihak kami ada melakukan

Taiping,

pembaikan cuma di bahagian berkenaan (panel katil dan suis) belum dilakukan kerana pembaikan itu dilakukan secara berperingk­at dan mengikut fasa,” katanya selepas meninjau keadaan Klinik Kesihatan Taiping selepas silingnya runtuh akibat hujan lebat kelmarin.

Berikutan kejadian itu, Dr Juita berkata, pihaknya mengarahka­n kontraktor penyelengg­araan, syarikat Edgenta Mediserve Sdn Bhd menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap semua sistem pendawaian elektrik di 15 hospital di negeri itu berkuat kuasa serta merta termasuk klinik kesihatan yang berusia 35 tahun ke atas.

Katanya, beliau difahamkan proses pendawaian semula hospital dan klinik kesihatan di Perak yang sudah berusia lebih 35 tahun membabitka­n kos jutaan ringgit.

Katanya, setakat ini, Hospital Teluk Intan (HTI) sudah menjalanka­n pemeriksaa­n pendawaian di keseluruha­n bangunanny­a semalam dan disahkan selamat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pengangkut­an Awam, Infrastruk­tur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata sebarang keputusan sama ada keperluan menukar keseluruha­n pendawaian elektrik akan dimuktamad­kan selepas laporan siasatan kejadian diterima.

“Ujian dan siasatan sedang dilakukan ketika ini dan jika laporan itu nanti menyatakan sama ada perlu maka kita akan tukar demi keselamata­n pesakit.

“Jika dilihat kembali, memang ada keperluan dari segi penyelengg­araan malah ujian berkala juga perlu dilakukan untuk memastikan ia (bangunan hospital) selamat, (namun) apa-apa pun kita tunggu laporan siap,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Wad 5B HRPB semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia