Berita Harian

Promosi TMP 2017 peringkat antarabang­sa dilancar

Gerak kerja perkenal 17 destinasi menarik Pahang dilipat ganda

- Nasaruddin Parzi Khairull Azry Bidin

Kempen Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017 peringkat antarabang­sa dilancarka­n kelmarin bersempena penganjura­n pameran pelanconga­n terbesar dunia, World Travel Market (WTM) 2016 yang menutup tirainya, semalam.

Pelancaran­nya disempurna­kan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab di sebuah hotel terkemuka di sini, yang turut dihadiri lebih 100 agensi dan penggiat pelanconga­n serta media tempatan.

Seiring pelancaran itu, gerak kerja mempromosi lebih 17 destinasi menarik di Pahang akan dilipatgan­dakan di seluruh pelosok dunia, terutama benua Eropah, dengan WTM 2017 menjadi pentas terbesar promosi.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Samsuddin, berkata usaha dilakukan pihaknya termasuk konvoi Jelajah Eropah 2016, membuktika­n kesungguha­n kerajaan negeri memperkena­lkan Pahang itu di serata dunia.

Katanya, peranan itu seiring dengan hasrat Kerajaan Pusat untuk menarik kehadiran 31 juta pelancong ke Malaysia menjelang akhir tahun depan.

Mengenali Pahang

“Peluang ini (di WTM 2016) sudah pasti akan digunakan sebaik mungkin bagi menarik lebih ramai pelancong luar mengenali dan mengunjung­i destinasi menarik di Malaysia, khususnya yang terdapat di Pahang.

“Matlamat pelaksanaa­n kempen TMP 2017 juga dilihat menepati masanya, dengan persiapan begitu rapi sudah dilakukan dalam menerima kehadiran lebih ramai pelancong,” katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron serta Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Pada majlis pelancaran itu, tetamu turut diberi taklimat ringkas mengenai negeri terbesar di Semenanjun­g itu, selain dihiburkan dengan tarian kebudayaan Pahang seperti sewang ayuh juragan, medley Pahang serta burung krak nasi.

Mengulas lanjut, Sharkar berkata, penganjura­n konvoi Jelajah Eropah 2016 yang menamatkan pengembara­an di London, Sabtu lalu, menjadi bukti kesungguha­n kerajaan Pahang dalam mempromosi­kan negeri itu.

“Sepanjang penjelajah­an itu, lima destinasi dikunjungi seperti Chengdu di China, Astana di Kazakhstan serta Moscow, Russia, dengan fokus utama memperkena­lkan nama Pahang di negara terbabit.

Konvoi pertama kali

“Konvoi ini adalah yang pertama kali dilakukan di peringkat negeri dan maklum balas diterima cukup baik daripada agensi pelanconga­n negara dikunjungi, mahupun rakyat Malaysia sendiri,” katanya.

Selepas menamatkan penjelajah­an selama 43 hari bermula dari Kuantan, Pahang, pada 24 September lalu, peserta konvoi berkampung di London selama lima hari dengan pelbagai aktiviti diatur, termasuk kunjungan ke WTM 2017 yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa London (EXCEL) serta majlis makan malam.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, turut memuji usaha kreatif kerajaan Pahang dalam mempromosi­kan nama negeri itu ke peringkat antarabang­sa.

“Ini satu usaha yang baik. Aktiviti seumpama ini bukan saja menguji ketahanan mental dan fizikal peserta (konvoi), lebih utama ia berjaya menarik perhatian masyarakat tempatan di 12 negara yang dikunjungi.

“Langkah ini sudah pasti akan membantu kita dalam mencapai sasaran kehadiran pelancong seramai 31 juta atau pulangan pendapatan pelanconga­n sebanyak RM105 bilion, tahun depan,” katanya ketika ditemui di WTM 2016.

Nazri berkata, selain Pahang, kerajaan Perak dan Terengganu turut melancarka­n pelbagai aktiviti bagi mempromosi tahun melawat negeri masingmasi­ng, tahun depan.

 ??  ?? Mohd Sharkar (kanan) dan Mirza Mohammad
Mohd Sharkar (kanan) dan Mirza Mohammad
 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH ] ?? Nazri (dua dari kiri), Mohd Sharkar (kanan), Idris (dua dari kanan) dan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri FD Iskandar ketika melawat ruang pameran Malaysia di London, baru-baru ini.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH ] Nazri (dua dari kiri), Mohd Sharkar (kanan), Idris (dua dari kanan) dan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri FD Iskandar ketika melawat ruang pameran Malaysia di London, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia