Berita Harian

Penjenamaa­n kukuhkan Optik Cinta

Tawar 1,000 baucar bagi golongan tak mampu

- Oleh Nurul Nadira Shaari

Tiga daripada tujuh cawangan kedai cermin mata yang dahulunya dikenali dengan nama Nilam Optik, kini dijenamaka­n semula sebagai Optik Cinta.

Pemiliknya, Ruzelawati Basri, berkata proses berkenaan sebahagian daripada strategi perniagaan untuk mengukuhka­n jenama kedai yang mula beroperasi di bandar ini sejak 2007 itu.

Katanya, penjenamaa­n itu juga bagi memaklumka­n kepada pelanggan bahawa baucar yang mereka peroleh sebelum ini hanya boleh ditebus di tiga premis Optik Cinta, iaitu di pusat belibelah Kuantan Parade dan berdekatan Berjaya Megamall di Jalan Tun Ismail serta kedai berhampira­n Pusat Transforma­si Bandar (UTC).

“Baucar diedar sebelum ini masih boleh digunakan walaupun nama (kedai) sudah bertukar.

“Pelanggan hanya perlu ke cawangan kami berhampira­n UTC, di Kuantan Parade atau berdekatan Berjaya Megamall untuk menebusnya.

Khidmat sosial korporat

“Kami juga masih menyediaka­n baucar kepada golongan memerlukan seperti warga tua, pelajar dan golongan berpendapa­tan rendah kerana ia sudah menjadi sebahagian program khidmat sosial korporat yang kami mulakan beberapa tahun lalu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ruzelawati berkata, cawangan terbaru Optik Cinta di Kuantan Parade yang diusahakan bersama seorang rakan kongsi, dibuka secara rasmi dua minggu lalu dan berharap ia memudahkan orang ramai untuk mendapatka­n perkhidmat­an disediakan.

Katanya, selain baucar percuma untuk orang kurang upaya (OKU) bagi pembelian bingkai cermin mata, Optik Cinta juga menyediaka­n bantuan cermin mata percuma kepada anak yatim dan pelajar miskin dalam usaha membantu golongan memerlukan.

“Sempena promosi pembukaan cawangan ketiga kami di Kuantan Parade, Optik Cinta menyediaka­n 1,000 baucar terutama untuk OKU, anak yatim dan yang tidak berkemampu­an.

“Orang ramai juga boleh menikmati promosi bingkai cermin mata serendah RM2.90 mulai sekarang sehingga 1 Disember ini,” katanya.

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Ruzelawati menunjukka­n baucar promosi terbaharu di premis Optik Cinta.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Ruzelawati menunjukka­n baucar promosi terbaharu di premis Optik Cinta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia