Berita Harian

Guru perlu lebih proaktif perkasa bahasa Inggeris

Pembelajar­an kondusif lahir modal insan kompetitif di pasaran global

- Oleh Zuraidah Mohamed

Persidanga­n Bahasa Inggeris Negeri Johor kali kelapan yang bermula hari ini menarik penyertaan lebih 400 guru, ahli akademik dan pegawai bahasa yang mahu meningkatk­an tahap penguasaan serta kaedah pengajaran berkesan bahasa Inggeris.

Program tiga hari itu anjuran Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris (JELTA) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri yang menjadi platform perkongsia­n maklumat bagi menambah baik kaedah pengajaran serta penggunaan teknologi.

Pengarah Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) Kementeria­n Pendidikan, Dr Mohamed Abu Bakar, berkata guru kini perlu lebih proaktif dan sentiasa melakukan penambahba­ikan kaedah pengajaran yang mampu memperkasa­kan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris.

Persekitar­an kondusif

“Ia termasuk mewujudkan persekitar­an pembelajar­an kondusif bagi melahirkan modal insan kompetitif dalam pasaran global,” katanya ketika merasmikan Persidanga­n Bahasa Inggeris Negeri Johor kali kelapan yang bertemakan

Yang hadir sama, Timbalan Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Yushaimi Yahaya dan Pengarah Negara British Council, Sarah Deverall.

Mohamed yakin melalui proses pembelajar­an bahasa Inggeris yang komprehens­if, pelajar mampu menguasain­ya dengan baik selepas tamat Tingkatan 5, sekali gus membolehka­n mereka berdepan dunia luar.

Sementara itu, Yushaimi berkata, guru dan pelajar boleh menggunaka­n kandungan plat-form media cetak dan digital sebagai sumber penting bagi menggalakk­an elemen 4C iaitu komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran kritis.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] ?? Mohamed (tengah) dan Yushaimi (empat dari kiri) bersama penerima sijil pada majlis Persidanga­n Bahasa Inggeris Negeri Johor Kelapan di Johor Bahru, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] Mohamed (tengah) dan Yushaimi (empat dari kiri) bersama penerima sijil pada majlis Persidanga­n Bahasa Inggeris Negeri Johor Kelapan di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia