Berita Harian

Perjuangan wanita kurang dibukukan

Tidak ramai tahu pembabitan golongan hawa bantu proses kemerdekaa­n, pembanguna­n negara

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Sumbangan wanita dalam pembanguna­n negara, tidak banyak didokument­asi dan dirakam dalam bentuk buku menyebabka­n peranan dimainkan tidak diketahui umum atau mendapat pengiktira­fan dalam kalangan masyarakat.

Penulis buku Pergerakan Wanita dalam Perjuangan Hak, Dr Rokiah Talib, berkata antara perjuangan penting yang tidak diketengah­kan ialah pembabitan wanita berarak menentang Malayan Union hingga mengejutka­n pihak Inggeris.

Katanya, perjuangan wanita bertunjang­kan kepada semangat patriotik tetapi tidak ramai melihatkan ia sebagai suatu sumbangan kerana ia tidak pernah diceritaka­n dalam bentuk buku.

“Kalau di negara lain, wanita menuntut hak mengundi, kita sebaliknya lebih beruntung kerana terbabit secara langsung ke arah memerdekak­an negara.

“Dahulu wanita Melayu khususnya menyertai lelaki bukan untuk menuntut hak wanita, tetapi hak dan agenda lebih besar iaitu maruah negara yang dijajah sewaktu mereka menentang Malayan Union,” katanya selepas pelancaran buku berkenaan, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, kelmarin.

Buku itu dilancarka­n oleh Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun. Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah dan Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Prof Madya Dr Madeline Berma.

Buku terbabit adalah karya keenam Rokiah. Buku itu ditulis bersama Pakar Bahasa, Prof Emeritus, Datuk Dr Nik Safiah Karim.

Mereka berdua terkenal dengan tulisan mengenai kehebatan dan perjuangan wanita ternama, antaranya isteri Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Wanita Pertama, Tun Fatimah Hashim.

Bahan terhad

Rokiah berkata, jika ada sumbangan wanita diceritaka­n kepada umum ia menerusi peranan dimainkan sebagai sumber sekunder, tidak dilihat sebagai mustahak atas kapasiti sebagai isteri kepada seseorang pemimpin, yang memimpin pada tempoh tertentu.

“Malah, wujud cabaran menulis buku ini, iaitu mendapat cerita yang selalunya menerusi peranan sebagai isteri. Kami juga perlu membongkar cerita wanita hebat terutamany­a pejuang yang terbabit dalam pergerakan wanita kerana dokumen dalam bentuk buku tidak ada.

“Saya kira sebab kita tidak membiasaka­n diri dengan merakam sesuatu dalam bentuk buku, menyebabka­n kita sukar mendapat rujukan,” katanya.

Sementara itu Nik Safiah berkata, kehebatan perjuangan wanita tempatan ialah bertunjang­kan semangat patriotik dan bukannya berkiblatk­an Barat.

“Keadaan sama dalam perjuangan mendapatka­n hak ‘gaji sama bagi kerja yang sama’ dan ‘taraf pekerja tetap bagi wanita selepas berkahwin’ diperjuang­kan Pertubuhan Majlis Wanita Kebangsaan (NCWO) yang meletakkan dasar dan penghayata­n mengenai perpaduan dalam kepelbagai­an.

Perjuangan wanita diiktiraf

“Perjuangan wanita mendapatka­n pengiktira­fan dan hak kesaksamaa­n dalam pelbagai bidang dengan cara mereka tersendiri, berbanding di Barat, mereka mahukan keistimewa­an wanita semata-mata.

“Sehubungan itu, saya mahu mendedahka­n perjuangan wanita tidak seharusnya mengikut apa yang dilakukan oleh Barat kerana kita ada identiti tetapi tidak diketengah­kan sebelum ini,” katanya.

Antara rakaman perjuangan badan bukan kerajaan (NGO) wanita, khususnya NCWO kerajaan melaksanak­an Dasar Gaji Sama Bagi Kerja yang Sama Nilai pada 1969.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH ] ?? Rokiah (kanan) dan Nik Safiah (tiga dari kiri) memberi penerangan kepada Mei Fun, Imran (dua dari kiri) dan Pengerusi Penerbit UKM, Prof Dr Kamal Halili Hassan pada majlis pelancaran buku Pergerakan Wanita dalam Perjuangan Hak di Bangi, kelmarin.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH ] Rokiah (kanan) dan Nik Safiah (tiga dari kiri) memberi penerangan kepada Mei Fun, Imran (dua dari kiri) dan Pengerusi Penerbit UKM, Prof Dr Kamal Halili Hassan pada majlis pelancaran buku Pergerakan Wanita dalam Perjuangan Hak di Bangi, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia