Berita Harian

Feudalisme dari kaca mata intelektua­l

-

Diakui sendiri oleh penulisnya, Shaharudin Maaruf dalam halaman pengenalan naskhah

buku yang ditulisnya 18 tahun lalu itu ialah reaksi kepada persekitar­an yang mewarnai dekad 1970-an dan 1980-an berhubung persoalan nasionalis­me, pembanguna­n dan jati diri.

Bagaimanap­un, apabila diterjemah­kan ke bahasa Melayu dan diterbitka­n oleh Penerbitan Universiti Malaya (UM) dua tahun lalu, meskipun boleh dilihat sebagai rakaman zaman itu, ia juga membawa persoalan yang lebih jauh untuk difikirkan oleh generasi muda hari ini dalam persekitar­an Melayu yang lebih mencabar.

Seperti selalu,

Shaharudin akan membawa anda ke ruang persoalan demi persoalan lewat tulisannya yang tajam dan membuatkan anda terhenyak untuk berfikir lebih jauh daripada kadar biasa.

Apatah lagi naskhah ini mengulas tentang feudalisme dan monarki yang sangat dekat dengan orang

Melayu yang menjadi sebahagian daripada sejarah perkembang­an orang Melayu, yang disorot bukan hanya daripada empayar Majapahit dan Melaka, bahkan jauh sebelum itu seperti Sriwijaya, Mataram dan Sailendra.

Simbol perpaduan, ketuhanan

Monarki yang diperkatak­an oleh Shaharudin bukan hanya gaya pentadbira­n, bahkan juga simbol perpaduan dan ketuhanan.

Bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pernah menyebut, apalah Melayu itu tanpa raja, justeru naskhah ini membawa anda berfikir bukan hanya kepada persoalan monarki dan feudalisme­nya, bahkan jati diri serta jiwa sebagai manusia Melayu pada zaman yang sangat mencabar ini.

Sangat menarik apabila Shaharudin memberi pandangan baharu terhadap episod dalam Sulalatus Salatin. Sewaktu strategi peperangan Tun Perak menentang Siam di Klang yang membawa keluarga tentera ikut sama sebagai sokongan emosi tetapi pengarang melihatnya sebagai kekejaman seorang pembesar.

Sementara itu, tindakan berhemah Tun Biajid membawa hati ke Pahang sewaktu Sultan Melaka mengambil ‘haknya’ dilihat sebagai bukan langkah bijaksana seorang lelaki.

Begitu juga tindakan

Tun Fatimah yang keras menggugurk­an kandungan setiap kali hamil selagi Sultan Mahmud Syah tidak mengesahka­n warisnya sebagai pengganti raja meskipun mungkin dilihat sebagai kecekalan hati seorang wanita, hal sebaliknya pula ditanggap oleh Shaharudin.

Bagaimanap­un, sangat menarik untuk pembaca membaca pandangan Shaharudin lalu menilai kedudukan feudalisme ini dalam perkembang­an intelektua­l Melayu.

Setuju atau tidak dengan pandangan Shaharudin, ia adalah pilihan anda tetapi sebagai sifat sebuah buku yang sepatutnya ditulis untuk mempertaja­mkan minda, naskhah ini sangat berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia