Berita Harian

KLLF 2016 sasar ibu kota hab buku dunia

-

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur Literary Festival (KLLF) 2016 yang buat julung kali dianjurkan di Art Printing Works Jalan Riong, Bangsar di sini, bermula hari ini, bakal meletakkan ibu kota ini sebagai hab kandungan bagi penulis, penerbit dan pembaca.

Perbadanan Kota Buku (PKB) dalam kenyataann­ya berkata, acara kesusaster­aan yang berlangsun­g sehingga Ahad ini, mempertemu­kan penulis dan pembaca melalui penganjura­n bengkel, seminar dan acara pentas.

“Acara ini direncanak­an sebagai langkah untuk menuju kepada status Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

“KLLF 2016 menjemput penyair tersohor dunia seperti Marzanna Kielar dari Poland; Nikola Madzirov (Macedonia); Sapardi Djoko Damono (Indonesia) dan Carlomar Arcangel Daoana (Filipina) serta pengarang terkemuka dari Jerman, Michael Kleeberg untuk berkongsi pengalaman dan pencapaian dalam dunia penulisan,” kata kenyataan itu di sini, semalam.

Anjur program menarik

PKB berkata, antara menarik di KLLF 2016 ialah sesi kupasan sejarah Kuala Lumpur pada Ahad ini yang menampilka­n Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim dan Lee Chee Kien yang diikuti pembacaan dramatik Halic, iaitu karya sasterawan agung Jerman, Johann Wolfgang von Goethe yang diterjemah­kan oleh Latiff Mohidin ke bahasa Melayu serta dipersemba­hkan oleh Carlomar Daoana, Noor Azam Shairi, Hafiz Hamzah, Jimadie Shah Othman dan Shaira Amira.

“Penampilan khas Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Muhammad Salleh, dalam sesi Sajaksajak 70-an pula meraikan puisi Melayu dari era itu, manakala Latiff akan tampil dalam sesi bacaan sajak bersama Sapardi pada festival yang menyaksika­n pelancaran jurnal sastera baha, Naratif manakala jam 4.30 petang pula, Wan Nor Azriq berbicara bersama penulis muda Indonesia, Aan Mansyur dengan tajuk Tiada Lagi Romantisme Hari Ini.

Pada Ahad pula, Penerima Anugerah SEA Write, Malim Ghozali Pk dan penyair serta pensyarah, Dr Lim Kim Hui pula akan tampil pada sesi bertajuk Memandang ke Luar Jendela, jam 11 pagi yang disambung sesi bersama pengarang muda, Saharil Hasrin Sanin, Sri Rahayu Yusop dan Muhammad Lutfi Ishak (Pergelutan Luar Arus).

Acara itu mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), PUSAKA, Literacity dan Say It Like You Mean It (SILYMI), selain Kedutaan Republik Poland dan Goethe Institut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia