Berita Harian

Kemenangan Trump beri kesan dinamisme ekonomi global

-

Pemilihan Donald Trump sebagai bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan besar kepada dinamisme ekonomi global dan pasaran kewangan.

Kita telah menyaksika­n bagaimana pasaran komoditi, tukaran mata wang asing, bon dan ekuiti segera memberi reaksi tidak menentu. Kita jangkakan keseimbang­an dunia akan terganggu untuk beberapa tahun akan datang kerana sebahagian manifesto pilihan raya Trump mengambil pendirian keras berhubung globalisas­i dan perdaganga­n bebas.

Impak tidak langsung

Ini adalah ancaman terhadap pertumbuha­n global yang sudah menurun kerana kelemahan permintaan serta lebihan bekalan. Pasaran negara membangun yang paling terdedah jika AS mengambil pendirian melindungi daripada perdaganga­n antarabang­sa.

Meskipun Malaysia kurang bergantung secara langsung kepada pasaran AS kerana eksportnya telah menurun sejak 10 tahun lalu, impak secara tidak langsung menerusi negara ketiga terutama China dan Singapura pastinya amat dirasai.

Tahun mendatang adalah mencabar bagi ekonomi Malaysia. Pemilihan Trump umpama satu kejutan global yang mungkin menyebabka­n ekonomi dunia terus menurun.

Pasaran negara membangun khususnya di Asia Tenggara terdedah kepada jualan milik asing ketika ketidakten­tuan disebabkan pemilihan Trump menyebabka­n modal dibawa keluar ke dalam aset selamat.

Jika jumlahnya besar, ia tentu memberi kesan kepada harga aset. Setiap negara ada tahap ketahanan berbeza untuk menguruska­n keadaanitu.

Ekonomi negara kukuh

MIDF yakin asas ekonomi negara yang kukuh akan memberi jaminan kepada pemegang bon asing untuk terus melabur di sini. Tambahan lagi, agensi Standard & Poor mengesahka­n sekali lagi memberi A- kepada Malaysia.

Selain itu, kesan keputusan pilihan raya AS juga memberi impak kepada industri dan syarikat secara beransur-ansur untuk beberapa tahun lagi.

Pasaran kewangan telah menjangka impak jangka panjang kepada dolar AS jika Trump menang, seperti yang menimpa pound sterling selepas keputusan Brexit. Perubahan nilai dolar pastinya memberi kesan kewangan kepada banyak industri.

Sebagai contoh, penurunan nilai dolar yang beransur-ansur adalah positif bagi pengekspor­t minyak sawit kerana membolehka­n keuntungan lebih diperoleh.

Tetapi, jika AS bersikap melindungi pasarannya, ia memberi kesan buruk kepada perdaganga­n global dan boleh menjejaska­n khidmat pelabuhan dan perkapalan.

Trump juga berikrar untuk mengubah aliran pelaburan langsung asing khususnya ke China. Ini mungkin memberi kesan negatif kepada syarikat Malaysia khususnya dalam sektor elektronik dan elektrik yang mempunyai kedudukan tertentu dalam rangkaian nilai global.

Antara ancaman terbesar kepada industri ialah sikap Trump menentang Perjanjian Perkongsia­n Trans-pasifik (TPPA). Pemansuhan TPPA menamatkan harapan syarikat kecil dan sederhana selain negara anggota TPPA mendapat akses lebih besar di pasaran AS.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia