Berita Harian

Clinton menang undi popular

Gagal ke Rumah Putih sebab hilang undi wanita, kulit hitam, Latin

-

Kejayaan Donald Trump kini mengundang perbicaraa­n apakah perlu perlembaga­an Amerika Syarikat dipinda berpandu kepada proses Pilihan Raya Presiden yang berakhir, Selasa lalu.

Ini kerana jika berpandu kepada undi popular, calon Demokrat, Hillary Clinton difahamkan adalah pemenang selepas dia tewas mengejut kepada pesaing dari parti Republikan menerusi undi electoral mem babitkan 50 negeri.

Wanita berusia 69 tahun itu yang dilabel pilihan untuk ke Rumah Putih dilaporkan mendahului Trump dengan perbezaan amat sedikit iaitu 47.7 peratus mengatasi Trump yang memperoleh 47.5 peratus. Setakat ini undi popular diraih Clinton adalah 59,689,819 berbanding presiden baharu itu, 59,489,637.

Apa pun, ada beberapa faktor dikaitkan penyebab Clinton kalah, termasuk undian dari wanita serta warga Latin, Hispanic dan juga pengundi kulit hitam.

Gambaran lebih jelas apabila membanding­kan prestasi pilihan raya Barack Obama pada 2012 dengan bekas Wanita Pertama itu kerana dia gagal memancing undi dari kumpulan utama, termasuk generasi muda yang dijangka akan memihaknya.

Perlembaga­an dipinda

Lebih perit, daripada 27 juta kaum Latin didaftarka­n untuk mengundi, cuma separuh iaitu hanya 13 juta undi saja sebenarnya keluar mengundi.

Menurut seorang profesor sains politik di Universiti Columbia, Robert Shapiro, prestasi undi popular Clinton mengimbau kembali pilihan raya kontrovers­i pada 2000 yang menyaksika­n calon Demokrat, Al Gore meraih 48.4 peratus undi popular berbanding George W Bush 47.9 peratus.

Dengan pilihan raya sengit semakin kerap berlaku, Shapiro menjangkak­an lebih ramai pemenang undi popular gagal menang perwakilan, ia menimbulka­n persoalan sejauh mana demokrasi sistem negara itu sambil menggesa pihak berkuasa menghapusk­an sistem lapuk itu.

“Pada awalnya mungkin banyak gesaan, namun ia akan semakin senyap kemudian,” kata Shapiro sambil menambah penukaran sistem undi berasaskan perwakilan memerlukan perlembaga­an Amerika Syarikat dipinda. “Ia adalah satu tugas sukar.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia