Berita Harian

Selebriti ratapi kekalahan Clinton ke Rumah Putih

Lady Gaga buat bantahan di Trump Tower seru kebaikan, Miley Cyrus tidak dapat tidur

-

Lady Gaga menyeru kebaikan, Miley Cyrus menangis, Madonna berikrar untuk tidak berputus asa manakala Katy Perry menggesa rakyat Amerika Syarikat (AS) supaya tidak meratap ketika Donald Trump memegunkan dunia dengan mengalahka­n Hillary Clinton dalam Pilihan Raya Presiden AS Selasa lalu.

Barisan selebriti, ramai yang berkempen untuk Clinton, terkejut ketika Trump dipilih selepas kempen panjang dan penuh dengan serangan.

Lady Gaga bertindak pergi ke Trump Tower untuk membuat bantahan atas kemenangan Trump awal pagi kelmarin dan menghantar gambar dirinya di Instagram memegang poster kempen ‘Love trumps hate.’

“Saya mahu hidup dalam sebuah negara dipenuhi kebaikan bersama hashtag #Countryofk­indness #Lovetrumps­hate. “Beliau memecah belahkan kita tanpa menghi raukan akibatnya. Marilah kita menjaga satu sama lain kini,” tulisnya.

Sumber hiburan sumbang RM95 juta

Sementara itu, Cyrus yang menangis menghantar video dalam media sosial kelmarin mengatakan dirinya tidak dapat tidur kerana kekalahan Clinton.

Namun penyanyi Wrecking Ball berusia 23 tahun itu yang berkata awal tahun ini mahu meninggalk­an AS jika Trump menang, menggesa penyatuan sambil menulis: “Donald Trump saya terima anda sebagai Presiden AS. Tolong layan rakyat dengan penuh belas ihsan dan rasa hormat.”

Aktor, pelawak dan pembuat filem Hollywood, majoritiny­a memberi sokongan di belakang Clinton.

Majalah dagangan Hollywood, Variety melaporkan minggu ini, menurut Pusat Maklum Balas Politik, sumber hiburan menyumbang AS$22 juta (RM94.49 juta) kepada kempennya dan kepada superPACS (Jawatankua­sa Bertindak Politik) proclinton sehingga 19 Oktober lalu, berbanding kurang AS$290,000 (RM1.25 juta) kepada Trump.

Cher, yang terdahulu berkata beliau akan berpindah ke planet Jupiter jika Trump dipilih, menulis tweet; “Dunia tidak akan sama seperti dulu. Saya amat sedih buat generasi muda.” Namun beliau tidak menyebut berpindah dari AS.

Perry, yang membuat persembaha­n untuk Clinton dalam beberapa perhimpuna­n kempen berkata, “Jangan hanya duduk diam. Jangan meratap. BERTINDAK. Kita bukan sebuah negara yang akan membenarka­n KEBENCIAN menguasai kita.” Madonna pula menulis di Twitter; “Api baharu dinyalakan. Kita tidak akan berputus asa.”

Penulis buku Harry Potter, J K Rowling, warga British, pula menggesa pengikutny­a di Twitter mencabar “sikap perkauman, kebencian terhadap wanita dan benci.”

 ?? [ FOTO AFP] ?? Penyanyi Cher (dalam bulatan) menyertai ribuan penduduk Bandar Raya New York membuat bantahan jalanan selepas Trump dipilih Presiden AS.
[ FOTO AFP] Penyanyi Cher (dalam bulatan) menyertai ribuan penduduk Bandar Raya New York membuat bantahan jalanan selepas Trump dipilih Presiden AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia