Berita Harian

Brad Pitt tidak bersalah pukul anak

-

Los Angeles: Brad Pitt didapati tidak bersalah selepas satu siasatan dilancarka­n jika beliau bertindak agresif terhadap seorang daripada anaknya, lapor media Amerika Syarikat (AS).

Dakwaan itu berpusat ke atas insiden dengan anak lelakinya Maddox, 15, September lalu dalam penerbanga­n dari Perancis.

Isteri Pitt, Angelina Jolie berkata, suaminya sengaja memukul anak lelaki mereka tanpa pertimbang­an dalam pesawat, lapor laman web selebriti TMZ.

TMZ berkata, pekerja sosial menemurama­h pasangan itu, anak mereka dan saksi yang berada dalam pesawat sama.

Jabatan Perkhidmat­an Keluarga dan Kanakkanak Los Angeles memutuskan kelmarin, Pitt, 52, tidak bertindak secara agresif, lapor USA Today dan CNN, memetik sumber yang menyaksika­n laporan agensi terbabit.

Pulih daripada trauma

Jolie, 41, memfailkan perceraian­nya September lalu, memetik tiada persefaham­an. Beliau kini menuntut hak penjagaan tunggal enam anak mereka namun Pitt memohon hak penjagaan bersama dari segi perundanga­n dan fizikal.

Pasangan dengan gelaran “Brangelina” itu berkahwin di Perancis dua tahun lalu, dan sudah bersama selama 12 tahun selepas menjadi rapat ketika menjalani penggambar­an filem ‘Mr & Mrs Smith’ pada 2005.

Pitt memiliki hak lawatan dengan anaknya mengikut syarat dipersetuj­ui bekas pasangan itu. Wakil Joliepitt berkata, Isnin lalu, satu perjanjian berhubung hak penjagaan sudah dicapai walaupun perjanjian akhir akan menjadi sebahagian penghakima­n perceraian pasangan itu.

Undangunda­ng California menyokong hak penjagaan bersama, walaupun butiran berhubung urusan itu jarang didedahkan kepada umum dalam kes perceraian selebriti.

Seorang wakil Jolie berkata, aktres itu lega siasatan sudah selesai dan urusan hak penjagaan membolehka­n anakanak mereka pulih daripada trauma. Wakil Pitt bagaimanap­un enggan mengulas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia