Berita Harian

Amaran keras Mourinho

Elak insiden Smalling, Shaw enggan main berulang

-

Jose Mourinho memberi amaran kepada barisan The Red Devils supaya membuktika­n betapa mereka cukup kuat untuk beraksi bersama Manchester United.

Desakan itu disampaika­n bos United berkenaan gara-gara isu Chris Smalling dan Luke Shaw yang mengelak daripada beraksi dengan menyatakan mereka tidak cukup cergas ketika United menewaskan Swansea 3-1, Ahad lalu.

Selain meminta pemain untuk menjadi ‘lelaki sejati’, mesej peribadi itu juga seperti memberi bayangan supaya anak buahnya sentiasa bersama dia di saat sukar sekiranya mahu menikmati kejayaan di Old Trafford.

Mourinho begitu berang terhadap Smalling dan Shaw yang menolak beraksi dalam kesakitan sekali gus meninggalk­an seluruh pasukan tidak raguragu lagi mengenai kekecewaan pengurus itu.

Ketua eksekutif persatuan pemain, Gordon Taylor bagai- manapun menghangat­kan lagi situasi itu semalam apabila menuduh Mourinho kurang memahami keadaan pemain bola sepak moden.

“Saya amat kecewa dengannya kerana, saya amat mengenali kedua-dua pemain ini,” kata Taylor.

Scholes dalam radar

“Lagipun kita semua bukan manusia yang sempurna. Saya tidak menyuruh pihak pengurusan menjadi lembut, tetapi saya bercakap soal memahami situasi. Tidak ramai lagi pemain yang mempunyai daya tahan tinggi.

“Pemain sekarang tidak sama dengan pemain dulu - apabila mereka sanggup meneruskan permainan dalam keadaan kaki yang patah kerana sudah habis menggunaka­n pemain gantian.”

Dalam perkembang­an lain, Paul Scholes kini berada dalam radar untuk dilantik sebagai jurulatih skuad Bawah23 United susulan pemergian Warren Joyce ke Wigan Athletic.

 ??  ?? Smalling (kanan) dan Shaw mencetus kemarahan Mourinho apabila enggan beraksi ketika menentang Swansea.
Smalling (kanan) dan Shaw mencetus kemarahan Mourinho apabila enggan beraksi ketika menentang Swansea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia