Berita Harian

‘Dakwaan JHA tak berasas’

Persiapan skuad Piala Sultan Johor 2016 bermula sejak Februari lalu dengan kebanyakan pemain dihantar bermain dalam siri jelajah

- Oleh Naqib Nor Said

Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) menganggap dakwaan Persatuan Hoki Johor (JHA) yang menyatakan skuad negara seolah-olah tidak serius menghadapi kempen Piala Sultan Johor 2016 sebagai tidak berasas.

Sebaliknya, naib presiden badan induk itu, Datuk Ow Soon Kooi menegaskan persiapan untuk kejohanan itu sudah bermula sejak Februari lalu dengan kebanyakan pemain dihantar bermain dalam siri jelajah antarabang­sa.

Beliau berkata, sepatutnya penamat tempat kelima di Johor tidak dijadikan isu memandangk­an MHC sudah sedaya upaya menyiapkan pasukan terbaik untuk menghadapi saingan edisi kelima itu.

Tak hadir mesyuarat MHC

"Pasukan juga mengambil bahagian dalam Liga Hoki Australia yang tergolong antara salah satu liga yang paling kompetitif di dunia.

"Tiga pemain yang beraksi dalam Kejohanan Trofi JuaraJuara Asia (ACT) turut memperkuat­kan pasukan dan beraksi dalam lima perlawanan berturut-turut.

"Adakah Presiden JHA tahu apa persiapan yang kami lakukan? Pemain sudah bermain bersungguh-sungguh.

"Tidak ada sesiapa yang mahu kalah dan kita harus sedar pemain sudah memberikan komitmen sepenuhnya.

"Jika kita tidak serius, untuk apakah persediaan ini semua? Saya hadir di Johor untuk apa?," katanya.

Kenyataann­ya itu sebagai menjawab dakwaan sebelum ini oleh Presiden JHA, Datuk Datuk Md Jais Sarday yang menyifatka­n MHC seperti sengaja menghantar skuad kurang mantap pada kejohanan kali ini.

Soon Kooi juga menempelak Jais yang sepanjang pengetahua­nnya tidak pernah hadir pada mesyuarat MHC.

"Saya ingin bertanya kepada Presiden JHA, berapa kali beliau menghadiri mesyuarat MHC sejak mengambil alih tampuk pimpinan JHA? Seingat saya, beliau tak pernah hadir.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia