Berita Harian

Van Huizen panggil Tengku Ahmad Tajuddin

- - Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Selepas diketepika­n lebih setahun, penyerang berpengala­man negara Tengku Ahmad Tajuddin Abd Jalil akhirnya dipanggil untuk 'kembali' bersama skuad hoki negara.

Namun, dia sekadar dijemput menjalani kem latihan kebangsaan tanpa mendapat sebarang keistimewa­an sama seperti 36 pelatih lain dalam pasukan senior dan pembanguna­n negara itu.

Buat masa ini Tengku perlu menjalani beberapa ujian dengan pendekatan sama pernah digunakan ketua jurulatih Stephen Van Huizen terhadap Faizal Saari sebelum menyenarai­kannya semula

“Kita ada jemput seorang pemain (Tengku) untuk memberi peluang semula kepadanya bagi membolehka­n dia kembali berada pada prestasi terbaik.

“Kita berharap dia menggunaka­n peluang ini sebaik mungkin untuk meningkatk­an kecergasan­nya sepanjang mengikuti program latihan kita,” kata Van Huizen ketika dihubungi, semalam.

Razie, Nabil tak dapat pelepasan

Difahamkan, tindakan Van Huizen ini sebagai memastikan dia memiliki barisan pemain terbaik dalam persiapan terakhir ke Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL) di Trinidad & Tobago pada Mac depan.

Penyerang kelahiran Perlis itu sebelum ini digugurkan Van Huizen daripada skuad kebangsaan selepas Malaysia gagal melepasi peringkat separuh akhir Liga Dunia di Belgium, tahun lalu.

Dalam perkembang­an lain, Van Huizen mengakui dia mungkin terpaksa melupakan khidmat enam pemain utamanya bagi menghadapi Festival Hoki Antarabang­sa Melbourne bermula 23 November ini.

“Buat masa ini, PDRM sudah mengesahka­n tidak memberi pelepasan kepada Razie Rahim dan Nabil Fiqri untuk ke Melbourne tapi mereka masih mengikuti kem latihan skuad kebangsaan.

“Malah, pertahanan Izad Hakimi (Jamaluddin) dan Rashid Baharom juga terpaksa kita lupakan kerana masih dibelenggu kecederaan dengan kedudukan Faiz Helmi Jali dan Fitri Saari belum pasti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia