Berita Harian

Penang Panthers mampu buat kejutan

-

Kuala Lumpur: Penang Panthers pasti mendapat tumpuan malam ini apabila bakal mencabar Terengganu Turtles, peneraju carta Liga Sepak Takraw (STL) 2016 selepas mengharung­i enam perlawanan tanpa kalah pada aksi yang berlangsun­g di Stadium MPSJ.

Panthers yang memiliki gandingan lengkap pemain negara di semua posisi serta seorang apit kanan simpanan akan menyaksika­n regu bimbingan jurulatih, Mohd Helmi Ismail berdepan tekanan pada pertemuan itu.

Namun gandingan Syahir Rosdi (tekong), Azlan Alias dan Suhairi Sulaiman mewakili Panthers yang masing-masing masih segar dengan prestasi memuncak aksi Piala Raja Thailand akan bertemu ‘lawan sebenar’ kerana Turtles diperkuatk­an dua pemain skuad negara.

Aksi Irsyad Faiz Aziz yang bertindak selaku tekong kidal Turtles juga dinanti selain pertembung­an dua perejam terbaik STL, iaitu Fadzli Roslan (Turtles) dan Azlan (Panthers).

Der galas harapan

Di posisi apit kiri pula tidak kurang hebatnya apabila Azwan Muhrim yang digelar ‘Der’ menggalas harapan Turtles untuk mencorak benteng pertahanan dan serangan seperti mana peranan dimainkan Suhairi atau ‘Ceri’ di gelanggang Panthers.

“Untuk perlawanan ini, masing-masing mempunyai kelebihan dan kami sering kali bertemu sesama sendiri sebelum ini. Kami juga pernah berlatih bersama dalam skuad negara, apa yang pasti kedua-dua pasukan sudah membuat persediaan dan latihan rapi.

“Sekarang ini kita tunggu saja pada hari perlawanan, namun strategi jurulatih turut memainkan peranan yang mampu mempengaru­hi keputusan perlawanan,” kata apit kanan Turtles, Fadzli.

Untuk rekod, selain aksi Panthers bertemu Turtles yang dijadualka­n pada 9.30 malam, pertemuan lain adalah ATM Guardians menentang KL Thunder.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia