Berita Harian

Dodgeball wanita mampu kekal

-

Putrajaya: Pengarah Prestasi Tinggi Dodgeball Malaysia, Jason Moriarty yakin pasukan dodgeball wanita Malaysia mampu meraih kejayaan dan mengekalka­n ranking nombor satu dunia.

Beliau berkata, skuad dodgeball wanita negara adalah pasukan pada kedudukan tertinggi di peringkat antarabang­sa selepas memenangi pingat emas pertama pada Kejohanan Dodgeball kelima di Melbourne, Australia bulan lalu.

“Saya mempunyai keyakinan terhadap Albert Tan (jurulatih teknikal). Pasukan berkenaan sudah bersedia untuk peringkat seterusnya dalam latihan yang saya percaya boleh memberi prestasi terbaik kepada pemain.

“Saya dapat melihat semua pemain sangat bersemanga­t dan kami berada dalam keadaan terbaik berdepan manamana pasukan, terutama pada kejohanan dodgeball dunia akan datang,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis meraikan pencapaian pasukan berkenaan anjuran Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan dan Presiden MAD, Datuk Samson Maman.

Malaysia meraih kedudukan tertinggi selepas menewaskan Kanada, yang juga pasukan nombor satu dunia dan juara bertahan, 6-5 dalam perlawanan penentuan pingat emas.

Kejohanan Dodgeball Dunia seterusnya akan berlangsun­g di Kanada.

Pelajar universiti

Moriarty berkata, pasukannya membariska­n gandingan pelajar universiti dan pekerja profesiona­l yang menjalani latihan lima hari seminggu, dengan satu sesi penuh membabitka­n aspek teknikal dan membina kekuatan mental.

“Walaupun Kejohanan Dunia hanya berlangsun­g Oktober tahun depan, sebagai pemenang pingat emas dan penyandang nombor satu di dunia, kita perlu bersedia untuk menghadapi cabaran.

“Kami menjangkak­an pasukan Kanada ingin membalas dendam terhadap kekalahan itu. Sebagai tuan rumah, mereka pasti mendapat sokongan padu daripada penyokong tempatan,” katanya sambil menambah Australia dan Amerika Syarikat juga lawan yang sengit.

Dodgeball adalah permainan di mana pemain daripada kedua-dua pasukan cuba membaling bola ke atas satu sama lain, sambil mengelak daripada terkena bola berkenaan, seperti permainan bola beracun.

 ??  ?? Skuad dodgeball wanita dirai pada majlis penghargaa­n di Menara KBS, Putrajaya, petang semalam.
Skuad dodgeball wanita dirai pada majlis penghargaa­n di Menara KBS, Putrajaya, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia