Berita Harian

Turunkan barisan terbaik

Ia bermula dengan 11 sebelum enam pemain lagi diuji untuk jadi sandaran di Yangon: Kim Swee

- Oleh Syafiq Aznan

Pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee akan menurunkan barisan kesebelasa­n utama terbaik bagi aksi persahabat­an antarabang­sa menentang Papua New Guinea di Stadium Shah Alam, Isnin ini.

"Saya akan bermula dengan 11 pemain yang terbaik sebelum enam lagi pemain akan turut diuji pada perlawanan terbabit bagi menentukan pemain yang bakal diturunkan pada perlawanan menentang Kemboja nanti.

"Jadi, saya dapat menurunkan 17 daripada 25 pemain sedia ada tetapi tidak bermakna mereka yang tidak dapat beraksi menentang Papua New Guinea akan terus digugurkan daripada skuad ke Yangon," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, semalam.

Apapun, dua pemain terpaksa digugurkan selepas aksi menentang Papua New Guinea memandangk­an hanya 23 pemain sahaja yang boleh dibawa ke saingan Piala Suzuki AFF 2016 di Yangon, Myanmar, 16 November ini.

Nasir digugurkan

Buat masa ini, hanya seorang sahaja pemain iaitu dari Perak, Nasir Basharuddd­in digugurkan selepas masih dibelenggu masalah kecederaan pangkal paha.

Sementara itu, Kim Swee juga mengingatk­an status pemain senior tidak menjadi jaminan buat mereka membarisi skuad kebangsaan ke saingan Piala AFF Suzuki 2016.

Kim Swee menegaskan prestasi semasa setiap pemain adalah faktor utama dan menjadi penentu dalam memastikan mereka turut 'terbang' ke Yangon bagi aksi berprestij rantau Asia Tenggara itu.

"Pemilihan pemain bagi skuad Piala Suzuki AFF 2016 adalah berdasarka­n prestasi semasa dan persembaha­n mereka pada aksi persahabat­an menentang Papua New Guinea, Isnin ini.

"Malah, saya juga akan membuat penilaian secara teliti berhubung prestasi mereka sepanjang dua minggu di latihan pusat sebelum membuat keputusan muktamad," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia