Berita Harian

KAFA tolak hasrat Annuar letak jawatan

Keputusan dibuat sebulat suara Exco persatuan bola sepak negeri itu dalam mesyuarat khas di Shah Alam, semalam

- Oleh Syafiq Aznan

Hasrat Tan Sri Annuar Musa untuk melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ditolak Exco persatuan bola sepak negeri itu, semalam.

Keputusan itu diraih sebulat suara oleh tujuh Exco KAFA yang mengadakan mesyuarat khas di sini, semalam bagi membincang­kan isu terbabit yang dipengerus­ikan Timbalan Presidenny­a, Datuk Seri Afandi Hamzah.

Afandi berkata, KAFA mengambil keputusan untuk menolak hasrat Annuar yang sudah pun menghantar surat peletakan jawatan Selasa lalu kerana khidmatnya sebagai peneraju masih ditagih persatuan itu.

"Kami sebulat suara berpendapa­t bahawa khidmatnya masih diperlukan KAFA terutama dalam memperkasa­kan kembali bola sepak Kelantan.

"Kami mahu dia terus kekal sebagai presiden sehingga tamat penggal pada 2018 dan kami akan berjumpa dengannya untuk membincang­kan isu ini dengan lebih lanjut.

"Keputusann­ya untuk meletakkan jawatan bukanlah berpunca daripada krisis yang melanda KAFA dan setakat ini kami hanya menerima surat peletakan jawatannya sahaja.

Harap tarik balik keputusan

"Jadi, kami amat mengharapk­an Annuar dapat mempertimb­angkan keputusan ini dan menarik semula surat peletakan jawatannya," katanya selepas tamat mesyuarat khas itu di sini, semalam.

Annuar yang digelar Bapa Pembanguna­n Bola Sepak Kelantan itu mahu melepaskan jawatan terbabit untuk memberi peluang kepada individu lain yang lebih berwibawa menerajui persatuan berkenaan terutama dalam membawa pembaharua­n dalam badan induk bola sepak Kelantan itu.

Dalam perkembang­an lain, Afandi turut menjelaska­n masih ada ruang untuk perbincang­an dengan pemilik Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman yang mahu menangguhk­an sementara penajaan kepada skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) pada musim depan.

"Perkara itu (tajaan) tidak dibincangk­an dalam mesyuarat tadi (semalam), namun masih ada ruang untuk perbincang­an kerana tajaan itu membabitka­n perjanjian yang sudah kita tandatanga­ni.

"Apapun, apa sahaja perkara selain isu peletakan jawatan Annuar termasukla­h tunggakan gaji pemain akan dibincangk­an dalam mesyuarat selepas ini," katanya.

BH Sukan semalam melaporkan Dr Vida mahu menangguhk­an sementara penajaan kepada pasukan Kelantan selepas dikatakan kurang berpuas hati dengan prestasi dipamerkan pasukan PQPTRW pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selain sering berbalah dengan pengurusan tertinggi KAFA membabitka­n pelbagai isu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia